suria

Momen Syafiq Kyle santuni bapanya sentuh hati, peminat yakin mampu bahagiakan Mimi Lana

Syafiq tidak mampu menahan sebak ketika memohon restu bapa.

MOMEN sedih di antara pelakon Syafiq Kyle dan bapanya yang dirakam sebelum melangsungkan pernikahan pada Jumaat mengundang sebak ramai.

Syafiq, 33, yang lengkap mengenakan persalinan baju Melayu berwarna putih dilihat beberapa kali mengusap wajah bapanya iaitu Abdul Razak Husin, 61, yang sedang menangis ketika dia meminta restu.

Memahami anaknya bakal memikul tanggungjawab baharu, bapanya dilihat tidak mampu menahan sebak dan sempat berbisik sesuatu kepada Syafiq.

syagiq

Pertemuan Syafiq dan bapa undang sebak.

Syafiq turut memegang tangan dan mengucup dahi bapanya yang duduk di atas kerusi roda sambil dilihat menahan kesedihan.

“Kasih yang tak akan terpisah, restu seorang ayah. Momen sebelum Syafiq akad nikah bersama Mimi.

“Keluarga yang indah," tulis penyampai radio Radin di TikTok miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Syafiq Kyle dan Mimi Lana sah bergelar suami isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi foto cincin... Syafiq Kyle dan Mimi Lana bernikah petang Jumaat

Radin yang bertindak sebagai pengacara majlis pernikahan Syafiq dan aktres Mimi Lana berkongsi video detik indah dua beranak itu di TikTok miliknya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat turut tersentuh dengan cara layanan Syafiq atau Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak terhadap bapanya yang kini menderita penyakit angin ahmar sejak 2018.

Melihat caranya menyantuni bapanya, peminat percaya Syafiq mampu menjaga Mimi dengan baik selepas melihat sikap penyayangnya itu.

mini lana 2

Syafiq dan Mimi akhirnya bersatu selepas pelbagai dugaan.

"Kerusi roda ayah pun dia hias dengan bunga, mesti tak nak samakan dengan kerusi tetamu lain. Sangat istimewa!

"Kalau macam ini Syafiq dengan ayah, insya-Allah jodoh terbaik Mimi," antara komen netizen.

Syafiq dan Mimi atau Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 30, selamat disatukan sebagai suami isteri pada petang Jumaat.

mimi 3

Khabar perkahwinan Mimi dan Syafiq kejutakan peminat.

Pasangan berkenaan disatukan di kampung halaman Mimi di Taiping Perak yang dihadiri rakan dan keluarga terdekat.

Khabar angin pernikahan mereka mula jadi bualan kerana sebelum itu kedua-duanya memuat naik gambar cincin seolah memberi bayangan bakal bernikah.

Mereka sebelum ini pernah membatalkan majlis pernikahan mereka seminggu sebelum dijadualkan berlangsung pada 18 Ogos 2023.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain