suria

Nadin Amizah kembali ‘jentik’ emosi peminat, konsert ‘Malam Mendengar’ 16 Mei depan

Nadin bakal menghiburkan peminat Malaysia pada Mei depan.

SEPERTI pernah dijanjikan, penyanyi Indonesia Nadin Amizah bakal menghiburkan peminat di Malaysia selepas kejayaan konsert ‘Selamat Ulang Tahun dan Kisah Lainnya’ dua tahun lalu.

Kali ini Nadin, 25, bakal membawa peminat hanyut dalam emosi menerusi ‘Persembahan Malam Mendengar Nadin Amizah dari Jakarta ke Kuala Lumpur' di Zepp Kuala Lumpur pada 16 Mei depan.

Nadin memberitahu teruja bakal kembali ke Malaysia yang dianggap peluang istimewa dan penuh makna dalam perjalan seninya.

Untitled design (3)

Nadin teruja untuk melakukan persembahan di Malaysia.

“Kami sangat teruja dapat membawa 'Malam Mendengar' ke Kuala Lumpur selepas kejayaannya di Jakarta.

"Saya berasa sangat gembira dan terharu tapi pada masa sama gementar untuk memenuhi ekspektasi peminat di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan media kepada mStar.

Dalam pada itu, besar harapan Nadin agar persembahan kali ini dapat meninggalkan kesan mendalam kepada peminat yang bakal hadir nanti.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal cair emosi peminat, Nadin Amizah buat konsert pertama di Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: Penuh kejutan dan kelainan, Rossa cerita perjalanan seni 28 tahun menerusi konsert solo ‘Here I Am’

Malah dia menganggap persembahan ini sebagai ruang menghargai sokongan peminat Malaysia yang selama ini menjadi bahagian penting dalam perjalanan kariernya.

"Saya berharap peminat di Malaysia dapat meluangkan waktu untuk menonton persembahan 'Malam Mendengar' ini.

"Dan juga menjadi saksi progres yang saya buat sebagai seorang pemuzik," ujarnya.

Tambah Nadin, dia telah mempersiapkan susunan muzik yang segar dan berbeza termasuk gubahan orkestra bagi memberikan dimensi baru kepada lagu-lagu puitis yang bakal dipersembahkan.

Untitled design (4)

Persembahan 'Malam Mendengar' bakal berlangsung pada 16 Mei depan.

Tiket bagi 'Persembahan Malam Mendengar Nadin Amizah dari Jakarta ke Kuala Lumpur' boleh didapati di www.golive-asia.com.

Tiket berharga Tawa (RM658); Sorak Sorai (RM258); Sorai (RM238); Kekal (RM248) dan Bunga Tidur (RM178).

Tambahan RM298 bagi acara Meet & Greet.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTub

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain