TIGA tahun memegang status sebagai ibu tunggal tidak membuatkan pelakon Avaa Vanja menutup pintu hati mencari pengganti selepas perkahwinan pertamanya berakhir dengan penceraian.
Malah dedah Avaa atau Avaa Vanja Mohamad Ramli, pada usianya sudah mencecah 45 tahun masih ada lelaki ‘Mat Salih’ cuba menawan hatinya.
Bagaimanapun Avaa tidak berminat dengan bangsa asing sebaliknya berharap dipertemukan jodoh dengan seorang lelaki Melayu.
Avaa memberitahu ramai lelaki eropah cuba memikat hatinya.
“Ada sahaja yang cuba mendekati (sejak bercerai) tapi kebanyakannya lelaki Mat Salih dari Eropah.
“Saya kalau boleh tak mahulah ‘Abang Eropah’ tapi nak ‘Abang Melayu’ sebabnya dari muda sampai sekarang asyik orang Eropah sahaja," katanya.
Bagaimanapun Avaa ‘turn off’ apabila lelaki cuba mendekati kebanyakannya berstatus suami orang atau terlalu muda berbanding usianya.
ARTIKEL BERKAITAN: Dibelenggu rasa bimbang bekas suami meringkuk dalam penjara, Avaa Vanja jadi pemaaf tarik laporan kes keganasan rumah tangga
ARTIKEL BERKAITAN: Avaa Vanja tak tutup pintu hati, ingat pesanan Mufti Menk jangan tolak jodoh
Pun begitu, Avaa menyerahkan soal jodoh ditangan Allah SWT dan sebagai manusia dia hanya mampu merancang.
“Apabila memegang status ssbagai janda, saya terkejut juga yang cuba mendekati kebanyakannya suami orang.
“Kalau tidak pun masih solo tetapi bujang terlajak pula.
Avaa tinggal berdua bersama anak perempuannya selepas bercerai.
“Kita sebagai manusia ini hanya boleh merancang tetapi pada akhirnya semua itu ditangan Allah,” jelasnya.
Untuk rekod, Avaa pernah mendirikan rumah tangga dengan Amil Sulaiman pada tahun 2011 namun mereka bercerai pada Februari 2022.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Maleena yang kini berusia 13 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!