TIADA angin tiada ribut, pelakon Hafidz Roshdi memaklumkan isterinya iaitu Athira Yuhada selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka.
Berita gembira itu dimaklumkan Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 31, apabila memuat naik foto bersama Athira dan bayi mereka.
Kongsi Hafidz, bayi tersebut dilahirkan pada Khamis lalu di sebuah hospital di Shah Alam, Selangor.
Hafidz dan Atirah timang cahaya mata pertama.
“Alhamdulillah, dilahirkan pada 13 Februari 2025, 7.35 malam,” katanya.
Hafidz berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada petang Ahad.
Bagaimanapun Hafidz dan Athira tidak berkongsi jantina bayi mereka.
ARTIKEL BERKAITAN: Masih minat berlakon tapi tiada tawaran, Hafidz Roshdi cari kerja belakang tabir
ARTIKEL BERKAITAN: Kes pukul bekas isteri Hafidz Roshdi diteruskan, hakim perintah Nurul Shuhada hadir perbicaraan
Malah Hafidz juga sebelum ini ini tidak pernah berkongsi berita kehamilan Athira apabila ditanya media.
Untuk rekod, Hafidz pernah mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016, namun bercerai pada 27 Julai 2023.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Humairah, 8, dan, Umarr, 5 tahun.
Hafidz menamatkan dudanya dengan Athira pada 15 Disember 2023.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!