LAGU berjudul Hening Rindu nyanyian Marsha Milan muncul sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) yang berlangsung pada malam Ahad.
Lagu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh itu sekali gus membawa pulang hadiah wng tunai sebanyak RM100,000 berserta trofi.
Dalam linangan air mata, Marsha atau Marsha Milan Londoh, 40, tidak menyangka dengan kejayaan lagu tersebut namun mendedikasikan trofi dimenangi kepada peminat yang tidak putus-putus menyokongnya.
Nadeera dan Aina memberikan persembahan yang luar biasa.
“Alhamdulillah, terima kasih kepada penyokong saya.
“Terima kasih juga kepada pencipta lagu Hening Rindu“, katanya.
Dalam pada itu, Nadeera menepati ramalan apabila muncul sebagai Naib Juara menerusi lagu Bukan Lagi Kita ciptaan Hael Husaini dan Iqie Hugh.
Kejayaan itu berserta hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi.
ARTIKEL BERKAITAN: Debaran makin terasa, tahun ini Neelofa pilih Nadeera, Marsha dan Hael menang AJL39
ARTIKEL BERKAITAN: Dapat 30,000 undian di media sosial, Aina Abdul ‘menang’ Vokal Terbaik AJL39
Manakala tempat ketiga milik Akim & The Majistret menerusi lagu Saksama.
Lagu ciptaan Akim & The Majistret dan Bunga Cantik itu membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 dan sebuah trofi.
Sementara itu, Ernie Zakri menamatkan dominasi tiga tahun berturut-turut Aina Abdul menerusi kategori Vokal Terbaik menerusi lagu Aura.
Manakala Aina dipilih sebagai pemenang kategori Persembahan Terbaik menerusi lagu Puas Sudah.
Akim & The Majistret menduduki tempat ketiga AJL39.
AJL39 bertemakan Nada Rasa itu dihoskan oleh Naz Rahman dan Sissy Imann.
Pembukaan acara itu turut dimeriahkan dengan persembahan daripada Shiha Zikir, Ara Johari, Wani Kayrie dan Noki K-Clique.
Acara berprestij itu digamatkan lagi dengan persembahan penutup bertenaga daripada penyanyi Sham Visa dan kumpulan UK’s.
Edisi kali ini menampilkan sembilan orang juri yang diketuai oleh Edry Abdul Halim dalam mengadili 12 lagu bertanding.
AJL39 berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil dan disiarkan secara langsung menerusi TV3.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!