suria

Nafiez Zaidi ‘bebas’ tanpa cinta, tak lagi fokus cari pasangan

Nafiez belum sedia mencari teman hidup baharu.

PADA usia 33 tahun soal cinta atau mencari pasangan hidup tidak lagi menjadi keutamaan buat pelakon Nafiez Zaidi.

Bukan serik bercinta sebaliknya Nafiez atau Abdul Nafis Abduzaidi, 33, mahu memberi tumpuan kepada karier seni dan perniagaan yang memerlukan banyak perhatian.

Malah dia juga merasa lega kisah peribadinya tidak lagi menjadi bualan seperti pernah terjadi dalam hubungannya sebelum ini.

nafiez 66

Nafiez kini selesa tanpa cinta.

“Status saya sekarang single. Rasa bebas bila tiada kontroversi kisah cinta.

“Saya boleh buat apa sahaja. Sebelum ini sudah pernah berlaku, jadi soal cinta itu saya tolak tepi dahulu.

“Sekarang ini saya lebih fokus kepada pernigaan malah tak fikir pun nak bercinta," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Selalu hanya dapat watak ‘ranting’, Nafiez Zaidi teringin juga nak jadi hero

ARTIKEL BERKAITAN: “Itu hal mereka”... Nafiez Zaidi doa kebahagiaan Fify Azmi dan Syazwan Zulkifly, sudah sedia cari pengganti

Faham akan asam garam dunia seni, pelakon ini juga berpendapat seoarang pelakon tidak seharusnya dikenali hanya kerana kisah sensasi.

Sebaliknya Nafiez berpendapat ia perlu seiring dengan perkembangan kerjaya dalam industri seni.

“Jika kontroversi itu seiring bakat rasanya tiada masalah melainkan jika tidak apa ingin ditonjolkan dalam karier,” ujarnya.

nafiez 44

Perniagaan dan kerjaya seni menjadi keutamaan Nafiez.

Bercakap tentang perjalanan kerjaya, Nafiez akur sepanjang lebih 10 tahun sebagai pelakon dia masih lagi kurang menerima tawaran sebagai watak utama.

Tidak pernah menimbulkan sebarang masalah dengan produksi, dia sendiri kurang mana mana silapnya sehingga bakat dalam lakonan belum mendapat perhatian.

“Saya tidak pernah ada masalah atau timbulkan isu dengan produksi.

“Orang tahu penglibatan saya dalam industri, tetapi tidak mendapat perhatian untuk watak hero," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain