suria

‘Hening Rindu’ buatkan Thalita sayu terkenang arwah ibu, Shuib hampir menangis teringat persembahan Siti Sarah

Thalita menangis melihat persembahan Marsha di AJL39.

REAKSI spontan anak kepada pelawak Shuib iaitu Thalita mengalirkan air mata semasa persembahan Marsha di pentas Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39) pada malam Ahad mencuri tumpuan netizen. 

Berkongsi mengenai perasaan Thalita itu, bapanya iaitu Shuib atau Shahmira Muhamad, 41, memberitahu pembawaan Marsha menerusi lagu Hening Rindu cukup menyentuh hati sehingga anaknya itu gagal menahan air mata. 

WhatsApp_Image_2025-02-17_at_13.18.51

Thalita memeluk Marsha di belakang pentas.

Malah pertama kali menyaksikan secara langsung juga menjadikan detik sungguh bermakna buat Thalita yang turut terkenang arwah ibunya iaitu penyanyi Siti Sarah. 

"Dia (Thalita) menangis mungkin sebab mendalami lirik lagu tersebut. Pembawaan Marsha sangat menakjubkan sehingga buat Thalita rasa sayu. 

"Ini pertama kali dia berada di pentas AJL dan dia tahu ibunya pernah berada di situ. Mungkin dia juga terkenangkan itu," katanya ketika dihubungi mStar

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Hening Rindu’ juara AJL39, Vokal Terbaik milik Ernie Zakri

ARTIKEL BERKAITAN: Menang AJL39 hadiah 20 tahun Marsha bergelar penyanyi

Pada malam kemuncak AJL39 yang berlangsung Axiata Arena, Bukit Jalil, Shuib dilihat hadir bersama isterinya iaitu Watie dan anak ketiga, Ariq Mateen. 

Ditanya keadaan Thalita selepas persembahan berkenaan, Shuib berkata anaknya itu dapat mengawal perasaan dengan baik. 

Tambah Shuib persembahan Marsha itu juga memberi kesan tersendiri kepada dirinya yang pernah menyaksikan arwah Sarah bersaing di pentas sama. 

WhatsApp_Image_2025-02-17_at_13.18.51_(1)

Thalita hadir ke AJL39 bersama keluarga.

"Dari awal lagi saya sendiri pun nak nangis. Pentas itu seakan sama seperti persembahan Sarah. Cuma dia pakai baju putih dan Marsha pula baju hitam," ujarnya. 

Untuk rekod, Thalita merupakan anak kedua hasil perkongsian hidup Shuib dengan Siti Sarah yang meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19. 

Persembahan memukau Marsha berjaya melayakkan lagu Hening Rindu bergelar juara AJL39 sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain