suria

Sebulan Nadeera fokus AJL39, tak layan tuduhan tangkap khalwat... Minta pemfitnah bertaubat!

Nadeera tidak mahu ambil pusing gosip yang dilemparkan terhadapnya.

NAMA dipetik sebagai individu yang ditangkap khalwat bersama suami orang, penyanyi Nadeera berkata dia tidak ambil pusing dengan gosip berkenaan.

Kata Nadeera atau Farah Nadeera Zaini, 32, dia enggan melayan fitnah berkenaan kerana fokusnya adalah untuk memberikan persembahan terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39).

"Isu kontroversi sebelum ini saya tiada komen.

NP_-_2025-02-17T114709.040

Nadeera hanya fokus pada persembahan di AJL39 selama sebulan ini.

"Saya tak ambil pusing pun perkara itu sebab bukan saya orangnya.

"Selama sebulan memang saya fokus pada AJL39 sahaja," katanya kepada mStar.

Nadeera berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa sidang media AJL39 di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada malam Ahad.

Dalam pada itu, Nadeera mengakui hairan dan tidak mengetahui mengapa namanya dikaitkan dengan perkara berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh penyanyi bersekedudukan dengan suami orang, Nadeera Zaini terkejut nama kena petik

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat 30,000 undian di media sosial, Aina Abdul ‘menang’ Vokal Terbaik AJL39

Pun begitu, Nadeera menganggap segala yang terjadi sebagai ujian yang perlu dijalani sebagai seorang anak seni.

“Saya pun tak tahulah kenapa nama saya pula dikaitkan.

“Tapi saya anggap apa yang jadi sebagai ujian hidup saya,” jelasnya.

Kata Nadeera jika dakwaan yang dilemparkan bertujuan cuba menjatuhkan imejnya, dia mengambil perkara itu dari sudut positif dan memaafkan si pelaku.

Saya tak ambil pusing pun perkara itu sebab bukan saya orangnya.

NADEERA ZAINI

PENYANYI

Malah Nadeera berharap siapa yang memulakan dakwaan itu agar segera bertaubat.

“Andai kata ada yang cuba menjatuhkan saya, tidak mengapa saya maafkan.

“Saya juga berharap orang tersebut bertaubat lagi-lagi dah nak masuk bulan Ramadan ni,” ujarnya.

NP_-_2025-02-17T114726.952

Nadeera harap pemfitnah bertaubat.

Pada 12 Februari lalu, kecoh di media sosial seorang penyanyi wanita ditangkap khalwat bersama seorang lelaki berstatus suami orang.

Nama Nadeera turut dikaitkan sebagai individu dicekup namun dinafikan pengurusnya dalam satu kenyataan kepada media.

Malah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) turut mengesahkan Nadeera bukan penyanyi wanita yang ditahan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain