suria

Hael Husaini bijak ‘cover’ terjatuh, Hafiz Suip pula terkucil... Ini 10 momen menarik sepanjang AJL39

AJL39 melabuhkan tirai dengan mengangkat lagu Hening Rindu sebagai pemenang.

ANUGERAH Juara Lagu ke-39 (AJL39) akhirnya melabuhkan tirai menyaksikan lagu Hening Rindu nyanyian Marsha Milan diangkat sebagai juara untuk edisi kali ini.

Kemenangan Marsha pada malam Ahad itu sekali gus menamatkan penantiannya selama 20 tahun untuk menjulang trofi anugerah berprestij berkenaan.

Namun di sebalik kemeriahan dan persembahan memukau daripada Marsha dan sembilan lagi finalis, ada juga momen-momen menarik sepanjang acara yang menjadi bualan netizen di media sosial.

Ini mStar senaraikan 10 momen menarik sepanjang siaran langsung AJL39.

NP_-_2025-02-17T143114.983

Sissy bermain piano dalam keadaan terapung.

1. Sissy Imann main piano sambil terapung.

Sissy yang juga hos AJL39 mengambil risiko apabila tampil membuat persembahan bermain piano dalam keadaan terapung ketika mengiringi persembahan pembukaan daripada Wani Kayrie, Shiha Zikir, Ara Johari dan Noki K-Clique.

Aksi yang dipamerkan Sissy itu dianggap sebagai 'berani mati'.

Persembahan mereka menerima tepukan gemuruh penonton di dewan kerana memberikan aksi yang luar biasa.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Menang AJL39 hadiah 20 tahun Marsha bergelar penyanyi

ARTIKEL BERKAITAN: Sebulan Nadeera fokus AJL39, tak layan tuduhan tangkap khalwat... Minta pemfitnah bertaubat!

2. Amir Masdi pecahkan cermin.

Menjadi finalis pertama nyata tidak membimbangkan persembahan Amir pada malam AJL39.

Penyanyi lagu Sengaja itu menyajikan aksi memecahkan cermin yang dianggap satu kejutan buat penonton yang melihat persembahan berkenaan.

Malah kehadiran pelakon Amelia Henderson turut menaikkan keterujaan orang ramai.

WhatsApp_Image_2025-02-17_at_13.18.50

Thalita menangis menonton persembahan Marsha.

3. Thalita menangis melihat persembahan Marsha

Kehadiran anak pelawak Shuib iaitu Thalita mencuri tumpuan netizen.

Malah ketika Marsha sedang membuat persembahan, Thalita dilihat menangis teresak-esak seperti sedang merasai kerinduan kepada seseorang yang tiada galang gantinya.

4. Hafiz Suip bawa Herman Tino atas pentas buat kali kedua.

Mendendangkan lagu Terus Bersinar, Hafiz tampil bersahaja dengan memakai baju-T dan selipar.

Tidak hanya itu, Hafiz membawa ‘cameo’ iaitu penyanyi Herman Tino ke atas pentas pada penghujung perembahan.

Herman Tino juga sebelum ini pernah tampil dalam persembahan Hafiz di AJL26 menerusi lagu Awan Nano.

NP_-_2025-02-17T143051.506

Peminat merasakan nyanyian Hafiz terkucil di hujung lagu.

5. Pertama kali pulang tangan kosong, Hafiz terkucil di penghujung lagu.

Merupakan pencabar bagi kategori Vokal Terbaik, rata-rata berpendapat Hafiz terkucil di hujung persembahan.

Netizen berpendapat jika kesilapan tidak berlaku kemungkinan Hafiz mampu memenangi kategori tersebut.

NP_-_2025-02-17T103107.699

Persembahan Ernie dikatakan seperti Ariana Grande.

6. Konsep persembahan Ernie seperti Ariana Grande.

Kehebatan vokal Ernie tidak perlu dipertikaikan lagi apabila mendapat 'standing ovation' oleh ribuan penonton yang hadir pada malam AJL39.

Tidak hanya itu, Ernie juga tampil menonjolkan bakatnya bermain instrumen keyboard di atas pentas ketika menyanyikan lagu Aura.

Malah rata-rata netizen merasakan persembahan dipamerkan Ernie dilihat seperti penyanyi antarabangsa Ariana Grande.

7. Aina Abdul bawa jantung gergasi atas pentas.

Penyanyi Aina Abdul kekal menjadi bualan setiap kali membuat persembahan di pentas AJL.

Terbaharu menerusi lagu Puas Sudah, Aina membawa jantung gergasi sebagai 'prop' di atas pentas.

Malah busana avant-garde berkonsepkan degupan jantung dengan rona merah menjadikan Aina antara finalis paling menyerlah sehingga dinobatkan sebagai Persembahan Terbaik hasil undian peminat.

NP_-_2025-02-17T143039.808

Hael terjatuh ketika membuat persembahan AJL39.

8. Hael Husaini terjatuh ketika buat persembahan.

Kaki Hael tersadung sehingga terjatuh ketika membuat persembahan lagu Diam di AJL39.

Rata-rata yang menonton ternyata terkejut apabila Hael secara tiba-tiba terjatuh dipercayai terlanggar ‘prop’ pentas.

Bagaimanapun, Hael berjaya meneruskan persembahan sehingga ke akhirnya dengan sangat profesional.

NP_-_2025-02-17T114709.040

Nadeera dinobatkan sebagai Naib Juara AJL39.

9. Veil gergasi tutup persembahan Nadeera Zaini.

Pertama kali menjejakkan kaki ke pentas AJL, Nadeera Zaini berjaya memukau penonton di Axiata Arena, Bukit Jalil dengan persembahan yang menakjubkan.

Jelas Nadeera, kain veil yang dijatuhkan di akhir persembahan adalah untuk menunjukkan dirinya sudah 'move on' daripada kisah silam.

Malah Nadeera juga mencipta satu lagi sejarah apabila dinobatkan sebagai Naib Juara AJL39.

10. Persembahan Risiko penuh dengan api.

Satu-satunya genre rap yang dipertandingkan di AJL39. Persembahan Benzoloo, Ghidd Isobahtos, Meerfly, Tuju dan MK K-Clique nyata tidak mengecewakan.

Manakan tidak, mempertaruhkan lagu Risiko, lima penyanyi rap ini menyanyi dengan dihiasi api daripada kiri dan kanan pentas. Memang persembahan cukup meriah dan memukau penonton.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

 

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain