suria

Pak Nil harap Naz dan Sissy kekal hos AJL, Faizal Ismail pula anggap ‘cycle’ baharu dunia pengacaraan

Pak Nil dan Faizal puji gandingan hos Naz serta Sissy.

BUKAN hanya persembahan yang menjadi tumpuan penonton, malah gandingan pengacara Naz Rahman dan Sissy Iman turut menjadi bualan ramai ketika di pentas Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) yang berlangsung pada malam Ahad. 

Dilihat sebagai penyampai berinformasi, gandingan mereka berdua menerima pujian dan dikatakan memberi nafas baharu untuk pentas anugerah berprestij berkenaan.

Sebagai seorang yang berpengalaman, pengacara Datuk Aznil Haji Nawawi juga memuji kedua-duanya dan menganggap sudah tiba masanya perubahan sedemikian dilakukan. 

NP_-_2025-02-17T164406.299

Gandingan hos Naz dan Sissy menjadi di AJL39.

“Saya rasa hala tuju pengacaraan kita dah boleh beralih semula kepada pengacaraan berilmu dan tidak spontan semata-mata. 

“Mungkin juga penonton sudah puas menonton pengacaraan santai, lawak dan bebas skrip. Kini mereka memerlukan udara baharu dalam tontonan mereka,” katanya ketika dihubungi mStar

Meskipun tidak sempat menonton AJL39 kerana sedang mengerjakan ibadah umrah, Aznil bagaimanapun berharap gandingan Naz dan Sissy perlu dikekalkan. 

Baginya keserasian juga menjadi faktor utama yang mampu menghidupkan program yang bersiaran secara langsung seperti AJL. 

ARTIKEL BERKAITAN: Hael Husaini bijak ‘cover’ terjatuh, Hafiz Suip pula terkucil... Ini 10 momen menarik sepanjang AJL39

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ernie Zakri ‘speechless’ menang Vokal Terbaik AJL39, kebetulan konsep persembahan seperti Ariana Grande

“Rasanya dah boleh kekalkan mereka ini kerana nak mencari pengacara yang serasi bekerja bersama memang sukar. Bila keserasian dah ada, berikan lebih banyak peluang tugas pengacaraan, mereka akan jadi lebih baik,” ujarnya. 

Untuk rekod, Aznil sebelum ini pernah diberi tanggungjawab mengendalikan AJL8 dan AJL18 sebagai pengacara. 

Sementara itu, seorang lagi bekas pengacara AJL iaitu Faizal Ismail juga berpendapat seorang pengacara harus mengambil tanggungjawab penuh untuk mendalami isi kandungan setiap acara agar lebih bermanfaat.

“Saya anggap ini sebagai satu ‘cycle’ baru. Dah tiba masanya kita melihat gandingan seperti ini. 

Saya rasa hala tuju pengacaraan kita dah boleh beralih semula kepada pengacaraan berilmu dan tidak spontan semata-mata. 

DATUK AZNIL HAJI NAWAWI

PENGACARA

“Orang sudah tidak mahu lagi pengacara yang sekadar memberi punch line. Sebagai pengacara kita perlu faham betul-betul sesebuah program. Kalau tak dalami lebih baik tidak ambil tanggungjawab itu,” ujarnya. 

Berkongsi pengalamannya mengacara AJL sebelum ini, Faizal juga tidak menafikan unsur jenaka perlu diselitkan sebagai satu hiburan. 

Namun ia tidak sepatutnya dilakukan secara berlebihan kerana tugas sebagai pengacara adalah penting dalam sesebuah program. 

NP_-_2025-02-17T164435.035

Aznil dan Faizal memberi komen positif buat Naz dan Sissy.

“Artis buat persembahan mungkin hanya tiga minit, tapi pengacara kena kendalikan sepanjang program.

“Ketika saya dahulu pun ada unsur jenaka usik-mengusik, namun tidak perlu keterlaluan,” jelasnya. 

Faizal berpengalaman enam kali mengendalikan pentas AJL22 hingga AJL27.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain