suria

SPRM sahkan tiada elemen jenayah dalam kes salah laku DBKL

Tiada kes jenayah salah laku dana melibatkan Afdlin.

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan tidak wujud elemen jenayah atas dakwaan salah laku projek Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bernilai RM4 juta yang dikaitkan dengan pelakon dan pengarah Datuk Afdlin Shauki.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memberitahu perkara tersebut diputuskan selepas penelitian dokumen yang diberikan kepada pihaknya. 

Dokumen tersebut dibekalkan oleh pihak DBKL pada 7 Februari lalu berhubung pelaksanaan projek penerbitan kandungan dan siaran studio serta konti radio. 

azam_baki_1

Azam dokumen yang disiasat SPRM. 

"Hasil semakan dokumen yang dibekalkan mendapati tiada unsur jenayah berlaku dalam pelaksanaan projek Penerbitan Kandungan Dan Siaran Studio Dan Konti Radio Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bernilai RM4 juta," katanya. 

SPRM bagaimanapun tidak menolak wujud beberapa kelemahan berhubung tetakelola pada garis panduan DBKL.

ARTIKEL BERKAITAN: Tuduhan ‘sauk’ projek DBKL bernilai RM10 juta fitnah, Afdlin Shauki buat laporan polis 

ARTIKEL BERKAITAN: Ini Afdlin Shauki akan buat kalau boleh putar masa, ada sebab tulis novel ‘Papadom’ selepas 15 tahun

Sejak Januari lalu, kecoh di media sosial, Afdlin, 54, yang merupakan Ahli Lembaga Penasihat DBKL antara individu didakwa terlibat dalam peroleh projek penerbitan bahan kreatif bernilai jutaan ringgit. 

Dalam satu kenyataaan, Afdlin bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan turut membuat laporan polis atas perkara tidak benar yang disebarkan itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain