PENYANYI Shakira mengalami kesakitan di bahagian perut sehingga perlu dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Disebabkan itu, Shakira atau Shakira Isabel Mebarak Ripoll, 48, terpaksa menangguhkan konsert jelajah dunianya di Peru yang dijadualkan berlangsung pada Ahad dan Isnin ini.
Shakira ketika memenangi anugerah Grammy untuk Album Pop Latin Terbaik.
Bagaimanapun Shakira memohon maaf kepada peminatnya dan berasa kesal kerana terpaksa menangguhkan konsert itu.
"Saya minta maaf untuk memaklumkan kepada anda semua bahawa malam tadi saya terpaksa pergi ke wad kecemasan kerana masalah di perut dan kini dirawat di hospital," katanya menerusi ciapan di aplikasi X.
Pun begitu, doktor menasihatkan Shakira supaya tidak membuat persembahan memandangkan penyanyi itu berada dalam keadaan masih belum cukup sihat.
ARTIKEL BERKAITAN: Beza usia 16 tahun bukan masalah, pelakon ‘Emily In Paris‘ buat Shakira angau
ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu besar pengorbanan Shakira untuk bekas kekasih, sanggup tangguh kerja kerana mahu fokus kepada Gerard
Walaupun mengalami masalah kesihatan, penyanyi Hips Don’t Lie itu tetap optimis untuk kembali ke pentas tidak lama lagi.
Jelajah dunia Las Mujeres Ya No Lloran oleh Shakira mula dilancarkan pada 11 Februari lalu sejurus selepas penyanyi itu memenangi Anugerah Grammy untuk Album Pop Latin Terbaik.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!