SERIK berdepan pengalaman anak sakit, pelakon Puteri Aishah berkata dia kini lebih berwaspada sebelum membenarkan mana-mana individu menyentuh bayinya itu.
Kata Puteri Aishah, 31, dia memandang serius perkara ini kerana mahu memastikan kesihatan anaknya terpelihara, lebih-lebih lagi kondisi bayi yang mudah terkena jangkitan.
"Tolonglah faham. Saya bukannya tidak izinkan kawan-kawan atau ahli keluarga pegang anak saya, tetapi tolong pastikan awak semua tidak merokok dan tangan dalam keadaan bersih.
Aishah berkongsi perkara itu menerusi InstaStory.
"Anak saya pernah masuk NICU (Unit Rawatan Rapi Neonatal) disebabkan orang luar menciumnya berulang kali," katanya menerusi satu hantaran di InstaStory pada Selasa.
Dalam pada itu, Aishah meminta orang ramai lebih peka mengenai soal kesihatan bayi dan meminta izin terlebih dahulu sebelum menyentuh mereka.
"Tolong faham perkara ini dan minta izin terlebih dahulu sebelum nak dukung anak saya. Kalau saya tidak izinkan, tolong jangan terasa.
ARTIKEL BERKAITAN: Bentuk tubuh bukan keutamaan Puteri Aishah, paling penting cukup susu buat anak
ARTIKEL BERKAITAN: Cantik tarikh lahir anak pertama... Puteri Aishah selamat bersalin bayi lelaki
"Kadang-kadang mood dia (anak) pun tidak menentu. Kalau dia menangis, bukannya awak yang pujuk. Saya juga yang perlu pujuk dia," ujarnya.
Untuk rekod, Aishah dan suaminya iaitu Muhammad Firdaus mendirikan rumah tangga pada November 2021.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Faliq yang kini berusia setahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!