suria

Ashira buat ‘comeback’, lagu baharu mungkin jadi permulaan atau pengakhiran karier

Ashira harap kembali bersinar dalam dunia seni.

LEBIH 20 tahun tidak merakamkan lagu, penyanyi Ashira akhirnya kembali ke studio dan bakal muncul dengan sebuah karya baharu dijangka dilancarkan pada April depan. 

Bukan sekadar mengubat rindu peminat, Ashira atau Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 42, berkata kemunculannya ini juga bagaikan permulaan baharu dalam kerjaya seni. 

"Selepas saya keluar program Gegar Vaganza 7, ramai yang mula bertanya tentang lagu baru. Malah sehingga hari ini pun ada lagi yang mengharap saya rakam lagu. 

ashira_3

Ashira teruja kembali masuk studio. 

"Pastinya saya teruja sebab lagu ini saya tujukan buat peminat. Lebih kepada penghargaan orang-orang yang percaya untuk saya bangkit. 

"Dalam masa masa karya kali ini juga merupakan kolaborasi bersama bakat muda. Jadi ini mungkin rezeki mereka untuk lebih menyerlah," katanya kepada mStar. 

Kali terakhir Ashira merakamkan lagu sebelum ini adalah menerusi lagu Selamanya Tak Akan Berakhir pada tahun 2002. 

ARTIKEL BERKAITAN: Ashira undur diri daripada dunia hiburan, minta wartawan tak lagi tulis cerita tentang dirinya 

ARTIKEL BERKAITAN: Bertemu ‘crush’ lama, Ashira buka hati bercinta semula tapi trauma nak kahwin lagi… “Jujur sayang masih ada”

Dia kemudian dilihat sedikit memperlahankan penglibatan di arus perdana dan lebih memberi fokus kepada pekerjaan sebagai penyanyi secara jemputan. 

Selepas namanya kembali menyerlah di pentas GV7, Ashira sekali lagi memaklumkan enggan mendapatkan liputan kerana lebih selesa untuk tidak aktif dalam dunia seni. 

"Selepas GV7 saya ada terima beberapa tawaran, namun sekadar cakap atas angin. Saya pun tidak amhu terlalu bertanya dan diamkan sahaja. 

Selama ini putus asa mungkin sebab saya tak percaya pada diri sendiri

ASHIRA 

PENYANYI 

"Saya tidak rancang untuk buat comeback. Cuma kita lihat sahaja bagaimana sambutan lagu ini nanti. Jika diterima ramai saya akan terus menyanyi. 

"Mungkin ini permulaan baru atau yang terakhir dari saya," ujarnya. 

Lagu baharunya nanti merupakan ciptaan sepenuhnya Ana Boang dan tajuk akan diumumkan dalam masa terdekat. 

ashira_2

Ashira ketika menyertai GV7. 

Bercakap lanjut penyanyi ini juga mengakui gementar menunggu maklum balas peminat terutama bagi mereka yang mungkin sudah lupa kewujudannya sebagai penyanyi. 

"Mungkin lagu ini boleh bawa saya lebih bersinar. Menyanyi adalah sebahagian hidup saya, jadi mengapa perlu putus asa jika masih ada percaya?

"Selama ini putus asa mungkin sebab saya tak percaya pada diri sendiri," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain