PELAKON Azhan Rani pernah berdepan pengalaman lambat menerima bayaran selepas menjayakan sebuah drama, kira-kira dua tahun lalu.
Gara-gara isu berkenaan, Azhan atau Azhan Abdul Rani, 49, berkata dia terpaksa mengemis selama tujuh bulan untuk mendapat bayaran penuh itu.
"Dua tahun sudah perkara ini berlaku dan proses mengemis tu lamalah.
Tujuh bulan Azhan mengemis hak sendiri.
"Tapi dibayar akhirnya, cuma sepatutnya dapat waktu raya namun saya terima pada Deepavali," katanya kepada mStar.
Insiden itu juga membuatkan Azhan lebih berhati-hati terutamanya melibatkan soal bayaran.
Malah aktor itu tidak kisah jika digelar sombong kerana mempersoalkan mengenai perkara itu asalkan tiada isu berbangkit di kemudian hari.
"Sebagai pekerja (pelakon) benda yang saya tak nak tempuh adalah mengemis hak sendiri.
ARTIKEL BERKAITAN: Azhan Rani mahu ‘bunuh’ karakter Ustaz Hamadi, tolak kalau ditawar watak penunggang agama
ARTIKEL BERKAITAN: Sukar derma darah sebab HB rendah, Azhan Rani berhenti minum teh dan kopi
"Bila dah lama dalam industri, saya kena tahu bila tarikh bayaran dan kalau ada tambahan hari kena ambil
"Tak kisah orang nak kata saya sombong asalkan tiada perkara akan diungkit selepas itu," jelasnya.
Mengambil pengajaran atas apa yang berlaku, Azhan berkata setiap orang perlu mempunyai perasaan waspada dan membuang sifat percaya lebih-lebih lagi terhadap rakan baik atau orang berpengaruh.
Azhan buang sifat percaya.
Malah dalam setiap pekerjaan juga perlu ada kontrak persetujuan di antara dua pihak agar tidak menyusahkan diri sendiri kelak.
"Kena buang sifat percaya, jangan kerana disebabkan orang itu kawan atau berpengaruh kita okay tanpa ada perjanjian 'hitam putih'.
"Perkara itu akan makan diri pada akhirnya," ujarnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!