suria

Terpaksa mula daripada ‘kosong’, Hafiz Suip buka akaun IG baharu

Hafiz buka IG baharu selepas padam akaun lama tahun lalu.

SELEPAS bertindak memadam akaun Instagram miliknya tahun lalu, penyanyi Hafiz Suip kembali aktif di platform berkenaan pada malam Selasa.

Walaupun terpaksa bermula dari bawah, Hafiz atau Mohd Hafiz Mohd Suip, 35, menyifatkan ia sebagai kelahiran semulanya untuk kembali aktif dalam dunia seni tanah air.

"Kelahiran baru untuk Hafiz Suip, jom follow saya!," katanya.

Hafiz sifatkan IG baharu sebagai kelahiran semulanya dalam industri muzik.

Hafiz berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya dengan memuat naik foto ketika dia masih kecil. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen gembira melihat Hafiz kembali aktif di Instagram.

Malah ramai berharap penyanyi itu akan mengeluarkan single atau album tidak lama lagi.

"Selamat kembali Hafiz! Terus Bersinar okay.

ARTIKEL BERKAITAN: Hael Husaini bijak ‘cover’ terjatuh, Hafiz Suip pula terkucil... Ini 10 momen menarik sepanjang AJL39 

ARTIKEL BERKAITAN: Kaki kiri ibu Hafiz Suip dipotong paras lutut akibat diabetes

"Saya harap single atau album Hafiz selepas ini akan berjaya!

"Harap ada lagu baharu daripada Hafiz untuk bertanding di Anugerah Juara Lagu ke-40," tulis netizen.

Sementara itu, Hafiz turut berkongsi foto bersama komposer Ajai, penyanyi Sufi Rashid dan Badan Pelindung Hak Cipta Malaysia (MACP).

Penyanyi Terus Bersinar itu seakan-akan memberi bayangan akan tampil dengan projek terbaharu tidak lama lagi.

Hafiz beri bayangan akan ada projeck baharu selepas ini.

Sebelum Ini Hafiz mengaku silap selepas bertindak memadam Instagramnya yang mempunyai lebih 800,000 pengikut tahun lalu.

Kata Hafiz perkara itu dilakukannya selepas didorong rasa marah kerana sedang menghadapi masalah rumah tangga.

Untuk rekod, Hafiz mendirikan rumah tangga bersama Nureffy Jasreel Abdullah pada 14 Mei 2016 dan pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Riyadh Zafri, 8, dan Muhammad Alkaf Zayne, 5 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain