PEMENANG trofi Anugerah Grammy sebanyak enam kali iaitu Toto buat pertama kalinya bakal mengadakan konsert di Malaysia pada 1 Mei depan.
Konsert itu bersempena dengan siri jejalah kumpulan rock terkenal dari Amerika Syarikat itu iaitu Dogs of Oz Tour.
Dianjurkan oleh UnUsuaL Entertainment, konsert berkenaan akan diadakan di Arena of Stars, Resort World Genting, Pahang.
Toto dianggotai sebanyak tujuh orang ahli.
Toto cukup terkenal dengan lagu-lagu seperti Africa, Rosanna, I’ll Be Over You, Hole The Line dan banyak lagi.
Sejak ditubuhkan pada 1977, Toto muncul sebagai kumpulan paling dikenali di dunia selepas meraih pelbagai kejayaan.
Antaranya, lagu Africa mencatat jualan melebihi 10.5 juta unit dan diiktiraf tahap berlian oleh Persatuan Industri Rakaman Amerika (RIAA).
ARTIKEL BERKAITAN: Satu-satunya lokasi konsert di Asia, Muse bakal bertemu peminat di KL Julai depan
ARTIKEL BERKAITAN: Kumpulan rock Dream Theater bakal gegarkan pentas Malaysia, adakan konsert Mei depan
Manakala lagu Hold The Line mencatat tahap tiga platinum apabila terjual sebanyak tiga juta unit.
Malah kesemua karya Toto distrim kira-kira tiga juta kali sehari di platform penstriman Spotify.
Jumlah keseluruhan penstriman untuk Toto di Spotify sudah melebihi empat billion, manakala enam bilion di semua platform.
Toto merupakan pemenang Grammy sebanyak enam kali.
Toto dianggotai seramai tujuh orang ahli iaitu Steve Lukather, Joseph Williams, Greg Phillinganes, Shannon Forrest, John Pierce, Warren Ham, dan Dennis Atlas.
Harga tiket konsert Toto bermula daripada RM188 (PS4), RM388 (PS3), RM588 (PS2), RM788 (PS1) dan RM988 (VIP) (tertakluk kepada caj pemprosesan bernilai RM4).
Tiket konsert itu boleh mula dibeli mulai 21 Mac ini bermula pukul 12 tengah hari menerusi laman web rwgenting.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!