PENYANYI rap Joe Flizzow tidak akan menolak peluang kembali menjalin kerjasama dengan Malique susulan timbul desas-desus mengatakan bekas anggota Too Phat itu bakal membuat kemunculan semula.
Joe atau Johan Ishak, 46, bagaimanapun menyerahkan perkara itu ditangan Malique dan sentiasa bersedia untuk kembali bersatu dengan sahabat baiknya itu.
"Insya-Allah kita doakan, jika Malique mendengar apa saya katakan ini, ia terpulang kepada kamu bro. Keputusan di tangan kamu. Saya sentiasa bersedia.
"Saya terbuka berkolaborasi bersamanya, bayar RM1 pun saya akan lakukan malah kalau tiada bayaran juga saya tak kisah.
Joe terbuka untuk berkolaborasi bersama Malique.
"Kalau saya yang kena bayar pun saya akan buat (kolaborasi bersama)," katanya kepada mStar.
Joe berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis berbuka puasa bersama anak yatim kerjasama Universal Music yang diadakan di Hotel Le Meridien, Petaling Jaya pada Rabu.
Dalam pada itu, Joe memberitahu dia sebelum ini banyak menerima tawaran persembahan bersama Malique namun akur belum tiba masanya mereka bersatu kembali.
"Saya dapat banyak tawaran persembahan bersama Malique. Kalau saya nak cakap jumlah tawaran diberikan, rasanya tinggi nilainya.
ARTIKEL BERKAITAN: Mr. General pun dah buat IG! Dalam masa 2 hari kumpul lebih 60,000 pengikut, peminat nak tahu perkembangan Malique
ARTIKEL BERKAITAN: ‘This Is Johan’ papar kisah sebenar, Joe Flizzow harap Malique ‘enjoy’ jika tonton
"Saya selalu cakap wang bukan segala-segalanya. Mungkin ada pihak penganjur menganggap bayaran tinggi boleh mempengaruhi keputusan saya untuk membuat persembahan dengan dia.
"Lebih-lebih lagi sejak dia membuka akaun Instagram, semakin banyak penganjur menawarkan tawaran persembahan untuk Too Phat," ujarnya.
Ditanya soal kemunculan semula Malique dalam industri seni, Joe memberitahu dia enggan mengulas lanjut berhubung hal demikian kerana tidak mahu membuat sebarang andaian.
Kata Joe, sekiranya benar Malique mahu kembali aktif, kemunculan penyanyi rap berkenaan memang dinantikan semua peminat muzik hip-hop.
Saya terbuka berkolaborasi bersamanya, bayar RM1 pun saya akan lakukan.
JOE FLIZZOW
PENYANYI RAP
"Saya rasa itu satu perkara istimewa untuk dunia hip hop kerana kita rindukan kehadirannya dan suaranya.
"Memang kita dah lama nantikan dan raikan dia buat kemunculan semula. Dia pun sudah keluar dengan beberapa buah lagu dengan artis baru sebelum ini.
"Buat masa ini kami masih belum berhubung lagi. Saya pun tidak mahu bercerita lebih sangat kerana tidak mahu membuat sebarang andaian," katanya.
Malique baharu buka akaun Instagram rasmi pada Februari lalu.
Februari lalu, Malique atau Cairel Edrin Ibrahim, 48, mengejutkan peminat apabila muncul dengan akaun Instagram rasminya iaitu Malique Ibrahim Qarma.
Sejak itu muncul pelbagai andaian berhubung kemunculan Malique di Instagram.
Untuk rekod, Joe dan Malique menubuhkan kumpulan Too Phat pada 1998 dan menjadi antara kumpulan hip hop yang mencipta fenomena pada ketika itu.
Namun pada 2007, kedua-dua mereka memilih untuk meneruskan dengan kerjaya solo sebelum Malique menghilangkan diri.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!