PENYAMPAI radio Suria FM Chiwan tumpang gembira apabila bekas rakan gandingannya iaitu Sharifah Shahirah kembali ke udara sebagai deejay.
Chiwan atau Mohd Azwan Sabri, 39, berkata, dia gembira akhirnya dapat kembali mendengar suara Shahirah atau mesra disapa Shiera di corong radio dengan celotehnya yang menghiburkan.
“Saya langsung tak terkejut Shiera sertai mana-mana stesen radio sebab ramai mahukan dia.
Chiwan gembira Shiera kembali ke udara.
“Kalau dia hendak kembali secara tetap pun saya gembira untuknya sebab saya tahu dia memerlukan pekerjaan apatah lagi dia banyak komitmen,” katanya kepada mStar.
Chiwan berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media drama pendek Hayati Suria FM di Royale Chulan The Curve, Damansara, Selangor pada malam Rabu.
Dalam pada itu, jauh di sudut hatinya masih berharap Shiera kembali ke pangkuan Suria FM suatu hari nanti.
Bagaimanapun Chiwan menghormati keputusan Shiera dan percaya dia artis tersebut mampu berjaya di mana-mana.
ARTIKEL BERKAITAN: Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!
" target="_blank">Sah! Sharifah Shahirah masuk konti ‘3 Pagi Era’ Isnin depan, bergandingan bersama Haziq dan Namie
ARTIKEL BERKAITAN: Asalnya hanya bergurau, Sharifah Shahirah dipanggil uji bakat ganti deejay ‘3 Pagi Era’
“Dia tiada beritahu saya sebab pada awalnya dia cuma cuba-cuba nak jadi pengganti tiga penyampai, ramai sahaja mencuba antaranya kawan saya Nizam Jentik-Jentik.
“Tapi sebab dia Shiera, siapa tak nak? Celoteh dia buatkan orang sayang walaupun di sudut hati saya harap Shiera boleh kembali ke Suria FM.
“Tapi kalau dia sambung di mana-mana radio sekalipun tiada masalah, bagi saya dia seorang figura yang hebat, letak sahaja di mana-mana dia boleh bertahan,” jelasnya.
Saya langsung tak terkejut Shiera sertai mana-mana stesen radio sebab ramai mahukan dia.
CHIWAN
PELAWAK DAN PENYAMPAI RADIO SURIA FM
Pada Isnin lalu, Shiera memulakan tugas sebagai penyampai radio Era FM menerusi segmen 3 pagi Era bersama Haziq Hussni dan Namie.
Mereka bertiga menggantikan tiga penyampai radio asal yang direhatkan buat sementara waktu iaitu Nabil Ahmad, Radin dan Azad Jazmin selepas terpalit kontroversi mempersendakan agama lain menerusi sebuah kandungan video.
Dalam perkembangan lain, Suria FM tampil dengan drama pendek raya berjudul Hayati.
Chiwan ketika sidang media drama pendek Hayati Suria FM.
Drama bertemakan psikologi emosi itu menyingkap konflik kehilangan orang tersayang yang menghantui diri.
Hayati menampilkan barisan pelakon hebat seperti Sherrie Merlis, Hasnul Rahmat, Anas Ridzuan, Hawra Jamalullail, Cik Man dan penyampai Suria FM.
Karya ini boleh disaksikan menerusi saluran YouTube SuriaTV bermula 20 Mac ini.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!