suria

Habis sekolah terus jadi pelakon, Zarif Ghazzi pasang niat sambung belajar

Zarif mula minat berlakon sejak kecil.

MEMULAKAN kerjaya seni di usia muda, pelakon Zarif Ghazzi bagaimanapun tidak pernah menghapuskan impian untuk menyambung pengajian peringkat universiti selepas tamat persekolahan. 

Meskipun minat mendalam terhadap dunia lakonan sejak kecil, Zarif, 21, berpandangan bidang akademi juga tidak seharusnya diabaikan. 

"Dulu saya fikir kenapa perlu sambung belajar kalau boleh buat apa yang kita suka. Sebenarnya itu salah. Ilmu tidak akan pernah habis dan penting untuk kita pelajari sampai bila-bila. 

Zarif mahu ambil bidang pengajian multimedia. 

"Saya memang ada perancangan untuk sambung belajar. Paling tidak saya berjaya peroleh diploma atau ijazah. Tak mahu hanya sekadar SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) sahaja," katanya kepada mStar

Bercerita kembali ketika dia mula aktif berlakon pada usia 20 tahun, Zarif memberitahu dia sanggup berjauhan dengan keluarga di Johor dan datang ke Kuala Lumpur mencari pengalaman baharu. 

Malah ibu bapanya juga tidak pernah menghalang impiannya menjadi seorang anak seni. 

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir setahun berkenalan, Ismail Izzani sedang kenal hati budi artis Indonesia 

ARTIKEL BERKAITAN: Faizal Tahir ajak Alif Satar anjur qiamullail, mahu ‘kejutkan’ masyarakat selepas berlaku semula serangan di Gaza

"Sejak kecil orang sudah tahu saya minat berlakon. Jika ditanya di sekolah pun saya akan jawab mahu jadi pelakon. 

"Ibu bapa izinkan saya untuk teruskan kerjaya dalam bidang seni. Bagi mereka jika ini yang dimahukan saya harus buat dengan bersungguh-sungguh. Mereka beri peluang untuk saya mencuba. 

"Selepas tamat SPM saya bekerja untuk kumpul duit. Selepas itu terus ke KL dan mula hadiri pelbagai sesi uji bakat," ceritanya. 

Nama Zarif semakin menyerlah dalam dunia lakonan. 

Merancang untuk menyambung pengajian dalam bidang komunikasi, Zarif berkata ia sama sekali tidak mengganggu perjalanan seninya sebagai pelakon. 

"Mungkin saya boleh ambil pengajian separuh masa atau secara atas talian. Jadi rasanya tidak akan ganggu jadual kerja. 

"Sebelum ini melihat rakan-rakan menyambung pengajian ada juga rasa cemburu. Sebab itu juga saya mahu sambung belajar," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain