suria

Harissa Adlynn derma baju terpakai, tak suka ulang pakaian sama takut orang perasan

Harissa tiada niat mahu membazir.

PELAKON Harissa Adlynn mengakui dia tidak gemar mengenakan pakaian yang sama digayakan dalam mana-mana drama atau filem.

Ini kerana Harissa atau Harissa Adlynn Abdul Halim, 22, bimbang jika ada peminat yang perasan dan meninggalkan komen kritikan mengenai penampilannya itu.

“Saya tak suka pakai baju dua kali, sebab nanti bila pakai baju sama orang akan tanya di ruangan komen.

Harissa tidak jual baju-baju terpakai.

“Contohnya bila muat naik hantaran video promo, kadang-kadang terpakai baju sama rasa tak okay untuk saya.

“Saya rasa tak best dan saya nak orang tahu saya sebenarnya ada baju banyak,” katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.

Harissa bagaimanapun berkata dia tidak membazir kerana pakaian lama itu akan didermakan kepada mereka yang memerlukan.

Malah Harissa memberitahu dia tidak pernah terfikir mahu menjual baju-baju berkenaan untuk mendapatkan keuntungan.

ARTIKEL BERKAITAN: Harissa Adlynn jaga kelakuan sebagai artis, letak syarat nak ajak ‘dating’ kena bawa ibu sekali

ARTIKEL BERKAITAN: Pura-pura terpegang tangan dan diganggu secara lisan, Harissa Adlynn pernah digoda pelakon berstatus suami orang

“Setiap kali ada baju banyak yang saya tak guna, saya akan kumpul dan dermakan sahaja. 

“Selalunya saya akan berikan pada mereka yang memerlukan dan memang tiada rasa nak jual baju yang ada pun,” jelasnya.

Berkongsi aktiviti sepanjang Ramadan ini, Harissa sibuk menyertai program tanggungjawab sosial korporat di bawah All Star Influencer (Asia) seperti berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan orang kurang upaya (OKU).

Malah Asia Datuk Abd Rahman Soltan juga mengajak masyarakat ke arah lebih positif dan memberi teladan baik kepada umum.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain