IKHLAS berkarya, penyanyi Alyph berpegang kepada prinsip tidak mencipta sesuatu lagu demi mengejar populariti semata-mata.
Kata Alyph atau Alif Abdullah, 36, dia enggan tindakannya dilihat seolah-olah tidak menghormati karya itu sendiri.
"Itu adalah mentaliti saya daripada mula berkarya. Secara jujurnya lagu Swipe tidak dibuat untuk menjadi fenomena. Saya tidak pernah ada mentaliti dan pemikiran itu di dalam studio (ketika mencipta lagu).
Alyph tidak menyangka lagu Swipe menjadi viral di media sosial.
"Saya rasa ia sangat tidak menghormati kerjaya seni berdasarkan apa yang saya cuba lakukan," katanya kepada mStar.
Alyph berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis berbuka puasa bersama Alyph dan HotFM di Banyan Cafe & Bistro, Kuala Lumpur pada Khamis.
Dalam pada itu, Alyph memberitahu strategi pemasaran tepat turut menjadi antara faktor kejayaan setiap lagu dihasilkan.
ARTIKEL BERKAITAN: Bukan satu tapi dua lagu… Impian Alyph berduet dengan Ziana Zain tercapai
ARTIKEL BERKAITAN: Lagu berunsur seksual, ketengah isu sensitif bukan cara berkarya, Alyph anggap perosak industri muzik - “Baik cari kerja lain”
"Jadi, ada banyak perbezaan tahap penerimaan orang ramai. Itu (kalau viral) sebenarnya terpulang kepada pendengar, bukan kerja saya.
"Sudah semestinya pemasaran (pihak agensi) akan sokong kalau ada yang guna lagu untuk mencipta tarian trending.
"Malah untuk lagu Swipe, bila sudah menjadi viral baru saya berfikir cara bagaimana lagi bagi mempromosikan lagu tersebut," ujarnya.
Saya tengok stail sekarang rakan-rakan artis yang buat lagu rock atau pop.
ALYPH
PENYANYI
Tambah penyanyi kelahiran Singapura ini juga, sukar untuk dijangka keupayaan sesebuah lagu untuk tular kerana ia bergantung kepada penerimaan pendengar.
Malah Alyph turut tidak bersetuju sekiranya ada penyanyi yang memilih untuk bertukar genre semata-mata mahu lagu mereka menjadi hit.
"Contoh sewaktu genre balada tengah hit, jadi kalau buat baru lagu jadi hit.
"Saya tengok stail sekarang rakan-rakan artis yang buat lagu rock atau pop kemudian cuba hasilkan lagu balada sebab semua orang cakap bakal jadi hit.
"Saya tidak suka seperti itu sebab tidak semestinya kita perlu bertukar genre," katanya.
Alyph muncul dengan album baharu berjudul 'The Storm'.
Sebelum ini, lagu nyanyian Alyph berjuduh Swipe menjadi fenomena selepas orang ramai menggunakan lagu tersebut di media sosial, termasuk tariannya yang menjadi trending.
Dalam perkembangan lain, Alyph turut muncul dengan album baharu berjudul The Storm yang dilancarkan pada Januari lalu.
Album tersebut memuatkan 12 buah lagu yang kesemuanya dicipta sendiri oleh penyanyi berkenaan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!