suria

Datuk Red tangguh niat kahwin... Belum sampai RM1 juta hutang dibayar, yakin mampu langsai dalam tempoh 5 tahun

Keutamaan Adnan adalah untuk selesaikan masalah hutang yang dihadapi.

MAHU menyelesaikan tunggakan hutang sebanyak RM7 juta, usahawan Datuk Seri Adnan Abu memberitahu perkara itu menjadi faktor dia menangguhkan niat untuk mengahwini semula bekas isterinya iaitu Adira Suhaimi.

Menurut Adnan atau lebih mesra disapa Datuk Red, 47, dia kini sedang berusaha membayar dan melunaskan hutang berkenaan dalam tempoh lima tahun seperti dirancang.

"Saya masih teruskan bayar hutang tapi secara ansuran sebab terlampau banyak.  

Adnan giat berniaga untuk bayar hutang.

"Walau apa berlaku niat saya masih sama iaitu selesaikan hutang dahulu, niat nak kahwin tu kemudian baru fikir," katanya kepada mStar

Meskipun sudah setahun membayar hutang berkenaan, Adnan memberitahu amaun berkenaan masih belum mencapai RM1 juta.

Dia bagaimanapun kekal positif mampu menyelesaikan hutang tersebut sekurang-kurangnya lima tahun lagi.

"Belum sampai RM1 juta pun jumlah yang saya bayar.

ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Red lantik peguam, minta tempoh 5 tahun selesaikan hutang RM7 juta

ARTIKEL BERKAITAN: Untung RM30K jual kopi dalam tempoh 2 minggu, Datuk Red serah semua duit kepada Jabatan Insolvensi bayar hutang

"Tapi saya tetap akan berusaha semampu boleh, paling tidak tiga hingga lima tahun lagi insya-Allah boleh selesai.

"Itu pun kalau sambutan perniagaan saya baik seperti sekarang, Malah saya tidak bercuti walaupun badan sakit sebab terkenang tanggungajawab yang digalas," jelasnya.

Pada Mac tahun lalu, Adnan mendedahkan dirinya sudah muflis dan menanggung hutang sebanyak RM7 juta.

Malah Adnan melantik peguam bagi membantunya menyelesaikan hutang berkenaan secara berperingkat.

Adnan berhutang sebanyak RM7 juta.

Untuk rekod, Adnan mengahwini Adira sebagai isteri kedua pada 3 Disember 2015, namun bercerai pada 24 April tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob yang kini berusia 3 tahun.

Perkahwinan Adnan bersama isteri pertama iaitu Datin Seri Sharifah Norshafil Hassim juga berakhir dengan penceraian pada 13 Mei tahun sama dan mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.

Adnan juga pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun namun bercerai selepas lima tahun bersama dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain