suria

‘Serumpun’ lagu raya kegemaran Noraniza Idris, kagum dengan kreativiti Mimi Fly

Noraniza anggap Mimi sudah buat satu karya yang sangat unik.

SAMBUTAN Aidilfitri tahun ini nampaknya meriah dengan kemunculan pelbagai lagu raya terbaharu daripada penyanyi tempatan.

Bagi penyanyi Noraniza Idris, lagu Serumpun nyanyian Mimi Fly berjaya menambat hatinya yang menganggap karya tersebut sebagai unik dan berbeza.

Noraniza, 57, turut memuji idea Mimi yang berjaya melangkau kebiasaan namun masih mengekalkan seni dan sentuhan tradisional dalam bunyi kemodenan Serumpun.

Noraniza puji karya Mimi.

"Lagu dengar semua lagu raya moden tetapi paling menambat hati saya adalah Serumpun nyanyian dan ciptaan Mimi Fly.

"Saya kagum dengan idea dia menghasilkan Serumpun dan pada saya Mimi satu-satunya artis yang mengangkat irama etnik kreatif sekarang ini," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Noraniza bersetuju dengan pandangan lagu raya zaman kini sudah tidak sama kualitinya seperti dahulu.

Walaupun ada keinginan untuk protes, Noraniza bagaimanapun akur dengan situasi tersebut memandangkan trend media sosial yang semakin popular.

ARTIKEL BERKAITAN: Mimi Fly tak padam MV ‘Serumpun’, buat suntingan semula versi mesra keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Obses dengan karya sendiri, Mimi Fly mohon maaf berkemban dalam MV ‘Serumpun’

"Sekarang zaman Gen Z, jadi tak sama macam generasi dahulu.

"Kalau ikut hati memang saya protes tapi tak boleh melawan arus memang zaman dah lain.

"Di radio mahupun televisyen juga sudah ikut trend media sosial," ujarnya.

Noraniza setuju lagu raya sekarang sudah tidak seperti dahulu.

Berkongsi lanjut, Noraniza berkata, bukan tiada kesyahduan namun kekurangan bahasa puitis dalam lagu raya moden membuatkan ia kurang melekat di hati.

"Bukan tiada kesyahduan langsung lagu raya sekarang, elemen kemelayuan pun ada sahaja.

"Cuma lagu sekarang lebih banyak bahasa pasar dan tiada lagi lirik yang berpuitis," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain