KURANG tawaran persembahan sepanjang Ramadan sedikit sebanyak memberi kesan kepada pendapatan kumpulan Caliph Buskers.
Vokalisnya iaitu Azmi atau Khairul Azmi Muhammad Saat, 37, disebabkan itu kehidupan sedikit mencabar malah terpaksa menangguhkan pembayaran bil bulanan sebagai langkah berjimat cermat.
"Apabila tiada kerja, pendapatan memang akan terjejas. Bukanlah hidup susah sangat tetapi agak sedikit mencabar.
Luahan Azmi di Instagram.
"Pendapatan kurang maka kita pun kenalah kurangkan berbelanja. Ada juga bil bulanan yang terpaksa ditangguhkan pembayarannya.
"Syukur ada job mingguan bersama program MeleTop. Itu yang dapat membantu kami menjana pendapatan," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.
Azmi sebelum itu berkongsi luahan sama di Instagram miliknya mengharapkan ada pihak sudi memberi tawaran kerja kepada Caliph Buskers sebelum sambutan Aidilfitri.
ARTIKEL BERKAITAN: Azmi Saat tak terfikir minta sedekah demi kelangsungan hidup, kekurangan diri bukan alasan ambil kesempatan
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Azmi Saat selamat bersalin anak perempuan, sepakat beri nama Khalisa Insyirah
Bercakap lanjut mengenai perkara itu, Azmi memberitahu bulan puasa tahun ini jauh berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya.
Malah kata Azmi, kali terakhir mereka menerima undangan mengadakan persembahan pada 5 Ramadan lalu.
"Sejak itu memang tiada lagi mana-mana pihak panggil buat persembahan melainkan MeleTop.
Pendapatan kurang maka kita pun kenalah kurangkan berbelanja
AZMI SAAT
CALIPH BUSKES
"Biasanya bulan Ramadan memang banyak 'show' terutamanya untuk majlis berbuka puasa.
"Mungkin keadaan ekonomi sekarang ini menyebabkan ramai penganjur tidak mahu panggil artis memeriahkan acara," katanya.
Sementara itu, Azmi berkata, dia dan rakan-rakan lain tidak hanya duduk diam berdepan situasi tersebut.
Caliph Buskers kurang terima tawaran di bulan Ramadan.
Sebaliknya kesemua mereka gigih mencari peluang pekerjaan dengan mengadakan persembahan busking selain menjual kuih raya.
"Kita kenalah fikir peluang lain dan tidak boleh duduk diam. Kalau tiada tawaran kerja, perlu usaha mencari wang.
"Masing-masing ada pendapatan sendiri cuma bila banyak tawaran persembahan ia beri lebih banyak ruang untuk kami bernafas," jelasnya.
Selain Azmi, Calips Buskers juga dianggotai oleh Nirwan (gitar) dan Zaki (dram).
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!