suria

Tak pernah berjauhan, Intan Najuwa bidas dituduh tak ’bonding’ dengan anak

Intan sebelum ini didakwa tiada bonding bersama anak.

BENGANG dituduh menyerahkan tugas menjaga anak kepada pembantu, pelakon Datin Intan Najuwa menjelaskan dia tidak pernah mengabaikan tugasnya sebagai seorang ibu.

Sebaliknya kata Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, dia tetap akan membawa anak perempuannya iaitu Imane Lunara ke mana sahaja dia pergi walaupun hanya ke kedai.

"Kepada sesiapa cakap saya tak ada bonding dengan anak, kau (netizen) tahu tak kita ini pergi kedai runcit 10 meter depan rumah pun angkut anak tau.

Perkongsian Intan yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Perkongsian Intan yang dimuat naik di Instastory miliknya.

"Tak pernah saya tinggal budak dobot ini. Tengah masak pun dia duduk dapur sebelah mommy.

"Ish jahat ya mulut acik (netizen). Ingat kita tak sayang anak ke? Kalau boleh nak masuk perut balik ni, senang nak bawa pergi mana-mana tak perlu berjauhan," katanya.

Intan berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran dimuat naik di Instastory miliknya pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu isteri fokus jaga diri, suami Intan Najuwa sediakan tiga pengasuh urus anak

ARTIKEL BERKAITAN: Muka sembab, perut masih ada ‘baby bump’... Intan Najuwa kurang senang netizen persoal keadaan selepas bersalin

Dalam hantaran tersebut, Intan turut berkongsi video memaparkan dia sedang mendukung Lunara ketika sedang memasak di dapur.

"Mommy tengah masak pun kita bawa masuk dapur. Kesian sampai tertidur-tidur teman saya," ujarnya.

Sebelum ini, seorang pengguna media sosial meninggalkan komen menasihati pelakon berkenaan tentang kepentingan menjalinkan hubungan rapat dengan anak.

Ia susulan Intan memuat naik video berkongsi momen sewaktu dia membawa Lunara ke hospital untuk membuat pemeriksaan selepas menginjak usia tiga bulan.

Intan

Intan didakwa menyerahkan tugas menjaga anak kepada pembantu.

Dalam perkongsian video tersebut, Intan dilihat ditemani beberapa pembantu yang menguruskan anaknya itu.

Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Ahmad Azraf Azman pada 18 Ogos 2023.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Imane Lunara pada 15 Disember tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain