SEJAK bergelar seorang ibu, penyanyi Syasya Rizal sensitif tentang perkara berkaitan dengan anak lelakinya iaitu Muhammad Yasir Hayyan.
Disebabkan itu juga kata Syasya atau Norsyasya Afiqah Shahrizal, 24, dia terguris hati apabila ada netizen mempertikaikan status anaknya sehingga bertindak membalas komen netizen.
Pun begitu kata Syasya dia menyesal dengan tindakan itu kerana sepatutnya dia mendiamkan diri dan tidak memanjangkan perkara yang tidak benar tentang keluarganya.
"Sejak bergelar ibu dan ada orang sentuh fasal anak saya memang emosi, biar orang mengata saya tidak mengapa.
Syasya enggan anaknya menjadi buah mulut netizen.
"Suami pun ada pesan kalau dapat komen sebegitu saya tak perlu balas pun, tutup mata sahaja. Saya melatah sikit ketika itu," katanya kepada mStar.
Syasya berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama anak yatim kerjasama Universal Music Malaysia pada malam Rabu.
Dalam pada itu, Syasya memberitahu kejadian itu mengajarnya agar tidak mudah mengambil pusing tentang cakap-cakap buruk terhadap dia dan keluarga.
Kata Syasya lagi, dia juga tidak perlu mempertahankan diri terhadap perkara di luar kawalannya kerana keluarga terdekat lebih mengetahui cerita sebenar.
ARTIKEL BERKAITAN: Syasya Rizal jawab tuduhan hamil sebelum nikah, tunggu pemfitnah di Padang Mahsyar
ARTIKEL BERKAITAN: Syasya Rizal selamat bersalin anak pertama, pilih nama Muhammad Yassir Hayyan
"Saya faham setiap orang ada pendapat masing-masing, cara mereka memahami sesuatu pun berlainan.
"Bukan semua orang kenal Norsyasya Afiqah Shahrizal yang sebenarnya. Orang sekeliling dan terdekat tahu cerita sebenar sudah mencukupi.
"Anak mestilah kita sayang tapi saya tidaklah seorang ibu yang terlalu 'ovrprotective'," ujarnya.
Sebelum ini, Syasya menyangkal dakwaan dia hamil sebelum melangsungkan perkahwinan dengan suami iaitu Nasrullah Mohd Sapie.
Sejak bergelar ibu dan ada orang sentuh fasal anak saya memang emosi, biar orang mengata saya tidak mengapa.
SYASYA RIZAL
PENYANYI
Menjawab satu hantaran di laman X, Syasya menganggap dakwaan dia mengundurkan diri daripada kumpulan Dolla kerana isu berkenaan juga adalah satu fitnah.
Pada April 2024, Syasya mengejut ramai peminat apabila mengambil keputusan meninggalkan Dolla atas sebab peribadi.
Syasya kemudiannya mengumumkan sah bergelar isteri kepada Nasrullah pada 20 April 2024.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 23 Disember 2024.
Syasya buat kemunculan semula menerusi lagu Raya Pum Pang.
Dalam perkembangan lain, Syasya muncul dengan lagu raya baharu berjudul Raya Pum Pang duet bersama pelakon Fazura.
Kata Syasya, dia bersyukur kerana lagu nyanyian mereka itu mendapat maklum balas positif daripada pendengar.
"Lagu raya ini hadiah kecil untuk peminat sebab saya ada terbaca komen, ramai kata rindu nak dengar suara saya menyanyi.
"Jadi apabila Universal Music Malaysia mengundang saya berkolaborasi dengan Fazura, saya setuju sebab ia adalah lagu yang catchy," katanya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!