suria

Hampir setahun berkenalan, Ismail Izzani sedang kenal hati budi artis Indonesia

Ismail kini sedang berkawan rapat dengan artis Indonesia.

TANPA berselindung, penyanyi Ismail Izzani memberitahu dia kini sedang mengenali hati budi seorang wanita yang juga merupakan artis asal Indonesia iaitu Gabriella Ekaputri.

Ismail atau Ismail Izzani Zainal Nazeri, 25, berkata, dia selesa berkawan dengan Gabriella, 24, kerana masing-masing sefahaman dan berada dalam industri hiburan. 

Menurut Ismail, persefahaman itu membuatkan mereka sentiasa memberikan sokongan terhadap kerjaya antara satu sama lain. 

"Kami tidaklah bercinta tetapi dalam fasa mengenali hati budi masing-masing. Sekarang pun, masing-masing aktif dalam dunia seni. 

Ismail dan Gabriella (kanan) sudah berkenalan hampir setahun.

"Saya di sini (Malaysia) dan Gabriella di sana (Indonesia), dia pun berlakon dan buat lagu. Kami hanya memberikan sokongan antara satu sama lain. 

“Saya selesa dengannya mungkin kerana dia juga berada dalam satu industri (hiburan) yang sama. Dia pun faham dengan kerja-kerja saya,” katanya kepada mStar. 

Ismail berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama anak yatim kerjasama Universal Music Malaysia pada malam Rabu.

Dalam pada itu, Ismail memberitahu mereka berkenalan di media sosial sudah hampir setahun namun masih belum berpeluang bertemu empat mata. 

ARTIKEL BERKAITAN: Berbaju Melayu, Ismail Izzani buat kejutan jumpa peminat cilik selepas majlis nikah ibu

ARTIKEL BERKAITAN: Sejak usia 17 tahun sibuk kerja, sekarang Ismail Izzani lebih banyak luang masa bersama keluarga

Kata penyanyi lagu Bidadari ini juga, dia tidak menyembunyikan persahabatan mereka malah secara terbuka saling berbalas komen di Instagram (IG). 

"Kami berkenalan di media sosial sudah hampir setahun. Nak kata kami menjalinkan hubungan secara terbuka tidak juga. 

“Kami berdua okay sahaja berhubungan (komunikasi) seperti ini. Cuma kadang-kadang ada juga kami berbalas komen di IG dan muat naik hantaran di IG story, itu sahaja. 

“Buat masa ini hubungan kami tidak lebih daripada itu. Saya pun belum berpeluang bertemu dengannya dan sekiranya kalau ada rezeki dia (Gabriella) akan datang ke Malaysia atau saya yang akan ke Indonesia,” ujarnya. 

Sering kali terkait dengan gosip cinta, Ismail memberitahu dia sama sekali tidak rasa terbeban  dengan pertanyaan berhubung isu-isu tersebut. 

Ismail terbuka untuk berkongsi kisah peribadi dengan peminat.

Jelasnya, sebagai selebriti dia perlu bijak untuk mengawal antara  kehidupan peribadi dan sebagai seorang selebriti. 

“Saya tidak pernah berasa rimas sekiranya dihimpit dengan gosip-gosip percintaan. Sejak bergelar artis, saya sudah bersedia untuk berdepan dengan situasi ini. 

“Tidak kiralah sama ada penyanyi atau pelakon, soalan-soalan seperti ini (gosip cinta) memang akan ada. 

“Selama dua tahun saya menghilang, apa yang saya belajar adalah untuk bijak mengawal antara kehidupan sebagai artis dan peribadi," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain