MENGAMBIL inisiatif untuk kembali memberi kesedaran mengenai peperangan di Gaza, penyanyi Alif Satar terpanggil untuk menganjurkan satu majlis agama yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini.
Menurut Alif atau Alif Mohd Satar, 35, program diberi nama Qiamulaill Seperti Jumaat itu juga merupakan idea rakan penyanyi Faizal Tahir yang menghubunginya baru-baru ini.
"Faizal hubungi saya selepas berlaku semula serangan di Gaza. Jadi kami rancang untuk adakan program sebegitu untuk 'kejutkan' semula kepada orang ramai tentang kesedaran terhadap nasib penduduk di sana.
Kempen Geng Subuh yang digerakkan Alif semakin mendapat sambutan.
"Mungkin ramai yang sudah selesa dan lupa bahawa ada ditindas. Sebab itu kita cuba buat program sebegini," katanya.
Alif ditemui ketika pelancaran kempen raya Hong Leong Bank di mana dia bertindak sebagai duta syarikat kewangan berkenaan.
Program qiamullail itu bakal berlangsung di Masjid Al Falah USJ 9, Selangor bermula dengan sesi berbuka puasa selain perkongsian ilmu oleh Faizal sendiri.
ARTIKEL BERKAITAN: Foto sedang bergari tular, Alif Satar mohon peminat tak terpedaya berita palsu
ARTIKEL BERKAITAN: Alif Satar berhenti bersenam, kaut tahi kerbau atas jalan raya
Menurut Alif, ia juga merupakan sebahagian kempen Geng Subuh Macam Jumaat seperti yang telah dianjurkan sejak tahun lalu.
Bercakap tentang gerakan kempen tersebut, Alif meluahkan rasa syukur apabila kini ia semakin mendapat sambutan baik meskipun tanpa kehadirannya di mana-mana masjid.
Bukan hanya dalam Malaysia, malah dia juga berbangga apabila ada dalam kalangan rakan-rakan mula melakukan perkara sama di luar negara.
Geng Subuh Macam Jumaat bukanlah jenama saya
ALIF SATAR
PENYANYI
"Ada seorang sahabat saya yang sudah memulakan gerakan Geng Subuh Macam Jumaat ini di Australia dan New Zealand. Saya sendiri akan buat apabila pergi ke tempat-tempat lain.
"Kempen ini bukan hanya sekali sahaja. Saya juga berbangga apabila semakin ramai anak muda sertai. Malah ada yang melakukan kempen sama di tempat-tempat mereka sendiri.
"Geng Subuh Macam Jumaat bukanlah jenama saya. Sesiapa sahaja boleh guna dan buat perkara sama," ujarnya.
Alif berbesar hati dilantik sebagai duta Hong Leong Bank.
Berkongsi tentang program bersama Hong Leong Bank, Alif bersama kumpulan The Locos tampil dengan lagu raya baharu berjudul Senyum Senyum Raya.
Lagu tersebut merupakan terbitan Faithful Music dan muzik video juga sudah mula dilancarkan sejak Khamis.
"Walau dah nak raya, saya tak rasa terlambat untuk lancarkan lagu ini. Sekarang ini kita tak tahu penerimaan orang. Mungkin akan menjadi dan boleh diterima ramai," jelasnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!