PENYAMPAI radio Suria FM iaitu Feeya Iskandar berkata dia menjalankan perniagaan tudung sebagai salah satu alternatif untuk menambah pendapatan.
Kata Feeya atau mesra disapa Cik Piah, 36, perniagaan itu juga adalah perancangan masa depan sekiranya dia sudah tidak lagi bergelar penyampai radio.
"Meniaga tudung ni antara perancangan masa depan saya juga.
Feeya berniaga sebagai rancangan simpanan masa depan.
"Manalah tahu kalau orang dah tak nak saya di radio.
"Jadi saya meniaga sahaja tudung, tak boleh terlalu selesa dengan apa yang ada sekarang," katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Feeya berkata pendapatan hasil daripada perniagaan ini juga digunakan bagi membantu mereka yang memerlukan seperti ahli keluarga.
"Ini inisiatif untuk saya dapat duit lebih dan bantu orang memerlukan macam keluarga.
ARTIKEL BERKAITAN: Masih terkesan pemergian ibu mertua, Feeya Iskandar tetap komited demi drama Suami Raya
ARTIKEL BERKAITAN: Bukan senang jadi ibu bekerjaya, Feeya Iskandar stres kalau anak jatuh sakit… “Kadang-kadang bertukar hulk juga”
"Impian saya bukan nak senang diri sendiri, saya fikir nak tolong ibu bapa saya.
"Saya tak nak ibu bapa fikir setiap bulan bayar hutang, kalau kaya saya akan cuba senangkan mereka," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Feeya teruja apabila lagu raya nyanyiannya bersama penyanyi Rayme Zainal berjudu Raya Sebenarnya menerima maklum balas positif pendengar.
Lebih menggembirakan apabila video muzik lagu berkenaan sudah meraih hampir 200,000 jumlah tontonan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!