suria

Dalam keadaan berkerusi roda ke mahkamah mahu cerai, mesti ada sebab kukuh - Isteri Edika Yusof

Hidayah memfailkan permohonan cerai pada Februari.

SEBELUM ini sering dilihat bahagia walaupun keadaan fizikal tidak sempurna namun terjadi sebaliknya.

Tiada angin tiada ribut, rupa-rupanya isteri kepada pelakon Edika Yusof iaitu Nor Hidayah Yusri telah memfailkan cerai terhadap aktor berkenaan pada Februari lalu. 

Perkara itu disahkan oleh peguam syarie mewakili Hidayah iaitu Mohd Yazid Hazim yang hadir bagi sebutan pertama kes berkenaan di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Isnin. 

Hidayah bertemu media di mahkamah. 

“Untuk hari ini adalah sebutan biasa sahaja iaitu sebutan bagi penyerahan dokumen.

“Sepatutnya pihak defendan (Edika) perlu hadir namun kami menerima surat daripada pihaknya yang menyatakan tidak dapat hadir mungkin atas alasan kerja dan sebagainya,” katanya ketika ditemui pemberita. 

Bagi prosiding berkenaan, Hidayah yang hadir berkerusi roda ditemani peguam dan tarikh sebutan ditetapkan pada 23 April depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Edika Yusof Pendam Hasrat Aktif Berlakon Demi Keluarga 

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen puji layan isteri baik, Edika Yusof sampai takut nak keluar rumah… “Kami pun gaduh tapi tak share aib”

Enggan mendedahkan punca permohonan penceraian itu, Yazid hanya memberitahu tiada lagi persefahaman antara mereka berdua. 

Malah, Hidayah juga memilih untuk tidak berkongsi lanjut mengenai isu rumah tangganya itu dan hanya akan menjawab semua persoalan di hadapan hakim. 

“Semua tahu situasi dan keadaan saya jadi kalau saya sudah sampai ke tahap pergi ke mahkamah sudah tentu ada sebab yang sangat-sangat kukuh kenapa saya berbuat demikian.

Biar dengar dulu apa yang keluar dari mulut dia

HIDAYAH YUSRY 

ISTERI EDIKA YUSOF 

“Boleh tanya dari pihak belah sana sebab saya tak mahu apa-apa keluar daripada mulut saya. Biar dengar dulu apa yang keluar dari mulut dia,”ujarnya. 

Edika dan Hidayah telah mendirikan rumah tangga hampir 22 tahun. 

Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fareena Nurulhaq, dan Fardeen Ulhaq, 20. 

Hidayah dan Edika mendirikan rumah tangga 22 tahun lalu. 

Hidayah juga memiliki seorang lagi cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.

Untuk rekod, Hidayah mengalami lumpuh separuh badan akibat demam panas sejak 19 tahun lalu.

Sebelum ini, netizen sering memuji kesetiaan dan layanan yang diberikan Edika terhadap isterinya itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain