suria

Persaingan lagu raya hebat tahun ini, Andi Bernadee hormat teguran Waheeda

Andi terima teguran diberikan Waheeda (kanan).

PENYANYI Andi Bernadee menganggap isu melancarkan lagu raya di awal bulan Ramadan sebagai satu norma biasa dalam perniagaan dunia hiburan. 

Kata Andi atau Andi Azrul Andi Mapangile, 34, pelancaran awal dibuat bagi memberi pilihan kepada pendengar selain persaingan sengit melibatkan lambakan lagu raya yang dilancarkan tahun ini. 

“Bagi kami sebagai penyanyi, perkara ini seperti bisnes. Bila kita lancarkan lagu raya awal, sebelum raya pendengar sudah tahu nak pilih lagu apa. 

Andi akui persaingan lagu raya tahun ini sangat sengit.

“Persaingan sangat hebat, tahun ini sahaja hampir 40 buah lagu dilancarkan.

“Mana faham akan faham, mana yang tidak, kita minta maaf,” katanya kepada mStar. 

Andi berkongsi perkara itu sebagai respons kepada penyanyi Waheeda atau Norwahidah Abdul Wahab, 47, yang berpendapat tindakan melancarkan lagu bertemakan Aidilfitri sejak minggu pertama Ramadan seolah-olah tidak menghormati kesucian bulan tersebut. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Makin kurang ajar” - Ghairah promosi lagu raya, Waheeda minta hormat bulan Ramadan

ARTIKEL BERKAITAN: Khidmat kejut sahur hanya gurauan, Andi Bernadee bukan mainkan perasaan peminat

Pun begitu, Andi tidak menafikan apa yang dikatakan oleh Waheeda itu ada kebenarannya kerana Ramadan hanya diraikan setahun sekali.

Sebagai umat Islam perlu lebih menghayati bulan mulia ini dengan memperbanyakkan amal ibadah. 

“Saya rasa apa yang dikatakan olehnya ada benar juga. Sekarang ini kita di bulan Ramadan jadi kita kena hormati bulan mulia ini. 

Mana faham akan faham, mana yang tidak, kita minta maaf. 

ANDI BERNADEE

PENYANYI

“Janganlah kita keluarkan lagu raya awal sangat sebab kita nak menikmati Ramadan yang cuma datang sekali setahun sahaja,” ujarnya. 

Sebelum ini, Waheeda mengingatkan agar artis tidak terlalu ghairah mempromosikan lagu raya sehingga terlupa tentang keindahan Ramadan. 

Malah penyanyi lagu Wassini ini meminta golongan artis menukar pemikiran mereka tentang mempromosikan lagu masing-masing dan yakin terhadap rezeki daripada Allah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain