suria

Penyanyi ‘Bey Soba Bey’ kirim salam, Eda Ezrin reda beraya di sebalik tirai besi

Eda tenang tak dapat pulang ke Kelantan raya ini.

PENYANYI lagu Bey Sobar Bey iaitu Eda Ezrin berlapang dada terpaksa menyambut Hari Raya Aidilftri di  Penjara Narathiwat.

Memetik laporan Kosmo, Eda atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, masih tidak dibenarkan pulang ke Malaysia walaupun dia bersama suami serta empat orang lagi rakannya sudah bebas daripada pertuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda di Sungai Golok pada 6 Mac lalu.

Eda berkata dia juga tidak pasti sekiranya pihak pendakwa raya sudah memfailkan rayuan bagi kes tersebut.

Eda masih tidak dibenarkan pulang ke Malaysia.

“Tempoh untuk mereka mengemukakan rayuan akan tamat awal bulan depan. Saya amat berharap pendakwa raya tidak mengemukakan rayuan tersebut.

“Bagaimanapun, saya sangat rasa syukur selepas Mahkamah Wilayah Narathiwat di sini membebaskan saya, suami dan empat lagi rakan daripada tuduhan dadah.

“Tolong sampaikan salam buat semua termasuk peminat, insya-Allah lepas keluar dari sini (penjara) saya akan teruskan kerjaya seni sebagai penyanyi,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi ‘Bae Sobar Bae’ bebas penjara Narathiwat, menangis peluk suami terlepas tuduhan miliki dadah

ARTIKEL BERKAITAN: Eda Ezrin, suami dan 4 rakan kembali ke penjara, pendakwaan mungkin fail rayuan bebas pertuduhan miliki dadah

Pada 6 Mac lalu, Eda dan suaminya Mohd Affendi Ahmad, 35, dibebaskan oleh Mahkamah Wilayah Narathiwat daripada pertuduhan memiliki 6,059 biji pil yaba pada 1 November lalu.

Turut dibebaskan adalah empat rakan mereka iaitu Mohamad Alif Deraman, 33, Nur Aida Mamat, 33, Erdeka Mohd Noor, 33, dan Zuhaira Nasrin, 26 tahun. 

Keputusan itu dibuat oleh dua panel hakim selepas mahkamah meneliti dan berpuas hati dengan semua keterangan saksi semasa perbicaraan.

Untuk rekod, pada 2 November lalu, media melaporkan seorang penyanyi wanita tersohor Kelantan antara enam individu ditahan oleh pihak polis Thailand. 

Mereka ditahan bersama 6,000 biji pil kuda dalam serbuan di sebuah hotal di Sungai Golok, Narathiwat pada pagi 1 November. 

Eda dan lima rakannya ditahan pada 4 November tahun lalu.

Kesemua suspek melibatkan tiga lelaki dan tiga wanita berusia 25 hingga 32 tahun ditahan selepas mereka dikatakan selesai berhibur di sebuah pusat hiburan.

Keenam-enam suspek kemudiannya mendapat perintah reman di Mahkamah Wilayah Narathiwat pada 4 November tahun lalu.

Mahkamah turut menolak permohonan ikat jamin kerana bimbang kesemua enam suspek berpotensi melarikan diri sekiranya perkara itu dibenarkan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain