suria

Fizi Ali minta bekas isteri selesai pertikaian fasal anak di mahkamah, bukan media sosial

Fizi mohon Shakilla (kanan) untuk tidak menyelesaikan masalah di media sosial.

PENYAMPAI radio Fizi Ali dilihat seakan membalas semula luahan pelakon Shakilla Khoriri berhubung isu membabitkan anak perempuan tunggal mereka di Instagram miliknya pada Sabtu. 

Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 36, meminta bekas isterinya itu menyelesaikan sebarang pertikaian secara undang-undang dan bukannya di media sosial.

Fizi turut meminta Shakilla tidak bersikap seperti kebudak-budakan dalam menyelesaikan hal berkaitan anak mereka di media sosial. 

“Belah sana asyik cerita fasal hak-hak. Cari hak di mahkamah, kita ada undang-undang bukan merentan dekat IG.

Fizi mohon bekas isterinya menyelesaikan kemelut antara mereka secara undang-undang.

Fizi mohon bekas isterinya menyelesaikan kemelut antara mereka secara undang-undang.

“Kalau tak puas hati lawan dekat mahkamah bukan media sosial. Apa perangai macam budak-budak,” katanya.

Fizi berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Ahad.

Dalam pada itu, tanpa berselindung Fizi menjelaskan tidak timbul isu isterinya iaitu Siti Zulaikha bertindak sebagai penjaga utama dan mendaftarkan persekolahan anak perempuannya iaitu Ameena tanpa pengetahuan Shakilla. 

Jelas Fizi, dia juga berada hairan apabila kebaikan isterinya walaupun hanya sekadar ibu tiri dipertikaikan orang ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Individu mengaku penjaga utama anak Shakilla Khoriri, pandai-pandai daftar persekolahan tanpa pengetahuannya

ARTIKEL BERKAITAN: Shakilla Khoriri terbuka selesaikan isu penjagaan anak, perebutan tak janji kebahagiaan untuk Ameena

“Fasal sekolah apa hal bini aku nak daftarkan anak tiri dia? Macam tak masuk akal. Apa belah sana cakap semua korang percaya, sebab apa?

“Sebab dia mak? Sebab dia perempuan? Habis itu isteri saya bukan perempuan? Bukan mak? Korang nak buli-buli macam ni?

“Mak tiri (isteri) layan anak tiri baik-baik korang kecam. Mak tiri dera anak dia korang kecam. Korang nak macam mana lagi?,” ujarnya.

Sementara itu, Fizi memberi amaran agar bekas isterinya tidak membawa ‘lari’ anak mereka kerana tahun ini adalah gilirannya menyambut Aidilfitri bersama Ameena.

Fizi memberitahu tidak timbul dakwaan isterinya mendaftarkan persekolahan anak tiri.

Fizi memberitahu tidak timbul dakwaan isterinya mendaftarkan persekolahan anak tiri.

“Sah lepas hantaran ini belah sana bawa lari anak. 

“Cuma nak ingatkan, mahkamahkah jatuhkan raya sebelah sini (tahun ini). Harap tak bawal lari okay.

“Saya ambil tindakan mahkamah sahaja nanti,” ujarnya. 

Usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan daripada Fizi mengenai isu itu tidak berjaya apabila panggilan dan mesej dibuat tidak dibalas.

Pada Sabtu, Shakilla atau Nur Shakilla Mohd Khoriri, 36, meluahkan rasa berang apabila mendakwa seorang individu mengaku sebagai penjaga utama Ameena. 

Fizi dan Zulaikha bernikah pada  23 Oktober 2023.

Shakilla mendakwa perbuatan individu berkenaan terbongkar apabila dia dalam dia cuba mendaftar persekolahan Ameena tanpa pengetahuannya. 

Untuk rekod, Fizi mendirikan rumah tangga dengan Shakilla pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan penceraian mereka pada Disember 2021.

Mereka mempunyai seorang cahaya mata iaitu Ameena yang kini berusia 6 tahun.

Fizi kembali bernikah dengan Siti Zulaikha pada 23 Oktober 2023  manakala Shakilla menamatkan status ibu tunggal dengan lelaki pilihan hatinya iaitu Mohd Fariz pada 24 Februari 2024.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain