suria

Netizen terpukau vokal dua anak saudara Siti Nurhaliza, selamba ‘tarik’ nada tinggi ‘Bukan Lagi Kita’

Persembahan Ahmad dan Umairah (kiri) mendapat pujian netizen.

KE MANA tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Itulah boleh digambarkan tentang dua anak saudara kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Ummi Umairah dan Ahmad Daiyan yang memiliki bakat luar biasa dalam bidang nyanyian. 

Tumpang senang melihat kejayaan tersebut, bapa mereka iaitu Saiful Anuar Ahmad Shafie meluahkan rasa bangga apabila menyaksikan persembahan pentas dua beradik itu menyanyikan lagu Bukan Lagi Kita nyanyian Nadeera. 

Ahmad (kiri) dan Umairah dikurniakan bakat menyanyi luar biasa.

“Bukan Lagi Kita nyanyian daripada Amad dan Umairah. Mantap anak-anak babah. Teruskan usaha,” katanya. 

Saiful berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di TikTok miliknya. 

Dalam hantaran dibuat, Saiful turut memuat naik video memaparkan kedua-dua anaknya menyanyi di hadapan khalayak penonton dipercayai dalam acara Starvendors yang diadakan di Kuala Lumpur. 

ARTIKEL BERKAITAN: Anak saudara Siti Nurhaliza harumkan nama negara, Umai menang pingat emas di WCOPA

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Umai, kali ini Amad pula tunjuk bakat… Siti Saerah sokong minat anak-anak menyanyi

Rata-rata netizen terpukau dengan kemantapan vokal mereka terutamanya Ahmad yang menyanyikan lagu tersebut dalam nada tinggi. 

“Dia (Ahmad) nyanyi nada tinggi macam tu sahaja weh! Mantap, cepat buat single lagu tak sabar nak dengar Amad ada lagu sendiri. 

“Muzik top nombor satu Malaysia memang untuk keturunan Siti Nurhaliza. 

“Bakal meneruskan legasi seni terbaik di Malaysia,” tulis netizen. 

Selepas Umairah, netizen mula beri perhatian kepada bakat dimiliki Ahmad.

Sebelum ini, ketika temu bual bersama mStar, bekas isteri Saiful iaitu penyanyi Siti Saerah meluahkan rasa bangga apabila anak keduanya iaitu Ahmad Daiyan, 13, semakin berani menyanyi di hadapan orang ramai. 

Kata Saerah, Ahmad mula berani menyanyi selepas dia meminta remaja itu melakukan persembahan menerusi siaran langsung di aplikasi TikTok. 

Sebelum itu, video Ahmad menyanyikan lagu Seribu Kemanisan nyanyian Siti Nurhaliza tular dan mendapat pujian netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain