TIDAK berselindung status diri, juara Calpis Soda In A Million, Marygrace memaklumkan dia sudah memiliki kekasih hati.
Marygrace atau Marygrace Jane Penserga, 24, berkata dia dan teman lelakinya sudah menjalinkan hubungan cinta sejak empat tahun lalu.
"Saya berani mengaku ada pasangan pun sebab saya tak akan berada di sini tanpa sokongan dia.
Marygrace serah urusan jodoh kepada Tuhan.
"Mental saya pun mungkin tak kuat tanpa dia, banyak nasihat yang dia beri kepada saya untuk terus kuat berdepan cabaran di Kuala Lumpur.
"Kami sudah empat tahun, saya tak nak dianggap mengambil kesempatan dengan kebaikan dia," katanya kepada mStar.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Mary memberitahu buat masa ini dia dan teman lelakinya terpaksa menjalinkan hubungan jarak jauh.
Katanya, dia berada di Kuala Lumpur untuk berkerja manakala teman lelakinya menetap di Sabah.
ARTIKEL BERKAITAN: Langsung tak fikir diri sendiri, Marygrace mahu guna hadiah wang RM500,000 realisasi impian ibu
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Marygrace juara OIAM, bawa pulang hadiah wang tunai setengah juta
"Susah sebenarnya, saya ada terfikir nak dia duduk di sini temankan saya kerana dia boleh memandu kereta dan jaga kesalamatan saya. Tapi saya rasa tidak elok.
"Dia di sana pun ada kerja sendiri, sebab itu dia berat hati nak pindah ke sini.
"Jadi untuk tangani masalah jarak jauh ini, kami cuba berkomunikasi dengan baik selebihnya itu serahkan kepada jodoh," ujarnya.
Mary bersama seorang jejaka dipercayai teman lelakinya.
Dalam pada itu, Mary memberitahu mereka masih belum merancang untuk ke arah lebih serius.
Jelasnya, masing-masing sibuk mengejar keselesaan hidup selain ingin membahagiakan ibu bapa mereka.
"Tiada perancangan (bertunang atau berkahwin) lagi untuk ke peringkat seterusnya, kami masing-masing ada matlamat sendiri iaitu mahu bahagiakan keluarga dulu," luahnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!