suria

Tertarik dengan wanita wajah kacukan, Noki mahu cari jodoh di Kelantan dan Terengganu

Noki mengaku suka pada wanita ada rupa kacukan.

DALAM diam penyanyi dan pelakon Noki K-Clique rupanya memasang impian untuk mencari jodoh wanita berasal dari negeri Kelantan atau Terengganu.

Kata Noki atau Ahmad Ikhwan Aji, 31, dia tertarik dengan wanita dari dua negeri itu kerana kebanyakan mereka mempunyai wajah kacukan termasuk dari Thailand, Pakistan dan Timur Tengah.

Noki suka wanita berasal dari Terengganu dan Kelantan.

"Pilihan saya mungkin wanita dari Kelantan atau Terengganu.

"Sebab bila saya melihat perempuan bertudung ada muka kacukan dari Siam, Arab dan Pakistan banyak di sebelah sana," katanya kepada mStar.

Noki berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sesi fotografi dan majlis berbuka puasa Star Powerhouse di Hotel St Giles Boulevard, Kuala Lumpur pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Penat ulang-alik ke Sabah, Noki pindah terus ke Kuala Lumpur

ARTIKEL BERKAITAN: Dah masuk 30 tahun tapi Noki masih belum jumpa calon isteri… Mahu wanita ‘susah dapat’ tak senang pujuk

Dalam pada itu, Noki juga mempunyai rancangan menyambut sambutan hari raya Aidilfitri di antara dua negeri berkenaan.

Malah ahli kumpulan K-Clique itu tidak menolak jika dia terjumpa jodoh ketika berkunjung ke sana nanti.

Noki sudah sedia untuk berkahwin.

"Saya juga ada perancangan untuk beraya di antara dua negeri tersebut.

"Salah satu sasaran saya juga kalau mana tahu nanti di sana boleh terjumpa jodoh.

"Saya pula sudah sedia berkahwin tapi jodoh sahaja tiada, keluarga pun tak kisah pilihan saya," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain