UMUM mengetahui usahawan El Azman cukup meminati kenderaan mewah malah sudah mempunyai beberapa koleksi.
Tahun ini, El atau Mohd Hilmi Che Azman, 37, bakal menambah sebuah lagi kereta mewah pacuan empat roda dalam koleksi kenderaan miliknya.
Bagaimanapun kata El, dia mungkin tidak dapat melaram kereta tersebut bersempena hari raya kerana kenderaan itu sampai selepas sambutan Aidilfitri.
El sangat minat terhadap kereta mewah.
"Tahun ini ada juga beli kereta baharu tapi mungkin tak sempat sampai sebelum raya," katanya kepada mStar.
Teruja dengan kereta idamannya, El berkata dia juga sudah membeli nombor plat buat kenderaan tersebut.
"Nombor plat saya dah beli iaitu D7.
ARTIKEL BERKAITAN: Impian sejak kecil tercapai, El Azman beli 3 kereta mewah RM15 juta... Kongsi kisah mahu kerja parkir valet
ARTIKEL BERKAITAN: 15 tahun tak bertegur kerana wanita, Aeril Zafrel dan El Azman akhirnya berdamai
"D bermaksud dunia sempena kempen raya perniagaan saya tahun ini, manakala nombor tujuh itu melambangkan diri saya," ujarnya.
Dalam pada itu, kata El dia tiada perancangan untuk menjual koleksi tiga kenderaan mewah yang dibelinya tahun lalu.
Tiga kereta mewah tersebut adalah McLaren Senna, Lamborghini SVJ Roadster dan Rolls Royce Cullinan.
"Saya sayang tiga buah kereta yang ada sekarang, jadi tiada rancangan nak jual.
El ketika bersama Rodtang di sesi 'Face Off'.
"Memang saya beli kereta mewah ini sebab saya suka," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, El teruja dengan pelantikan dua jaguh Muay Thai dari Thailand iaitu Rodtang Jitmuangnon dan Tawanchai sebagai duta kempen raya Elrah Exclusive Terpaling Mendonia tahun ini.
Lebih membanggakan apabila Rodtang menggayakan baju Melayu pada sesi ‘Face-Off’ bagi acara ONE 172 sehingga menarik perhatian netizen Malaysia di media sosial.
Tambah El, pemilihan busana berona hitam yang dipadankan dengan samping sulam serta songkok menyerlahkan lagi kegagahan Rodtang.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!