suria

Tugas sebagai ibu belum selesai, Raja Azura bimbang anak-anak tersalah langkah

Kak Engku sentiasa nasihati anak-anak agar berhati-hati.

WALAUPUN anak-anak sudah dewasa, pelakon dan pelakon dan pengacara Raja Azura menganggap tugasnya sebagai ibu masih belum selesai.

Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, atau lebih mesra dengan sapaan Kak Engku, 52, berkata dia sentiasa bimbang jika anak-anaknya termakan dengan godaan yang tidak terjangka.

Dia yang merupakan ibu tunggal mengakui anak-anak masa kini membesar dengan pelbagai godaan.

Kak Engku berjaya membesarkan anak sebagai ibu tunggal.

"Saya paling takut kalau orang cuba goda anak saya, sama ada lelaki atau perempuan. Saya takut sebab zaman sekarang kita tahulah pelbagai perkara boleh berlaku.

"Jangankan lelaki, perempuan pun ada yang 'gatal' dan mahu ajak 'dating'," katanya kepada mStar.

Disebabkan perkara itu, dia sentiasa menasihati anak-anaknya agar berhati-hati dalam setiap perkara mereka lakukan.

Malah sebagai ibu dia juga membekalkan tiga orang anaknya dengan ilmu agama kerana itu dapat membantu mereka dari sesuatu perkara tidak diingini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kini telah berdua...” - Raja Azura dipercayai kembali bergelar isteri, kongsi video majlis pernikahan

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan Raja Azura yang nikah, rupanya sepupu kerabat diraja Perak

"Macam-macam boleh berlaku pada masa ini, lebih lagi, bila berada dalam zaman media sosial.

“Saya bukanlah ibu yang sentiasa pantau anak atau ambil tahu di mana sahaja mereka berada.

"Kalau nak buat sesuatu, bayangkan wajah saya sebab saya berkorban selama berbelas tahun dan tidak berkahwin lagi sebab anak-anak," ujarnya.

Saya tak mahu orang kerjakan anak saya sesuka hati.

RAJA AZURA

PELAKON/PENGACARA

Azura juga berpendapat tugasnya sebagai ibu masih belum sempurna sekiranya tidak menemukan anaknya dengan pasangan hidup yang baik.

Maka dengan itu, dia juga meletakkan syarat buat bakal menantunya sebelum bersetuju menerima mereka.

"Sekiranya mahu jadi menantu saya, duduk di dapur dahulu. Itu syarat sebab anak saya pandai buat semua kerja rumah.

Kak Engku bersama tiga orang anaknya.

"Saya tak mahu orang kerjakan anak saya sesuka hati," katanya lagi.

Untuk rekod, Azura pernah mendirikan rumah tangga bersama anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff iaitu Adzmin Osman pada Mac 2001.

Mereka bercerai pada 28 September 2010 dan memiliki tiga orang cahaya mata bersama iaitu Megat Muhammad Raziq, 23, Megat Luqman Hakim, 22, dan Puteri Mia Maizura, 20 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain