suria

Individu mengaku penjaga utama anak Shakilla Khoriri, pandai-pandai daftar persekolahan tanpa pengetahuannya

Luahan hati Shakilla undang perhatian ramai.

PELAKON Shakilla Khoriri berang apabila seorang individu mengaku sebagai penjaga utama anak perempuannya iaitu Ameena Sofia.

Shakilla atau Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 36, mendakwa perbuatan individu berkenaan terbongkar apabila dia dalam diam cuba mendaftar persekolahan anaknya tanpa pengetahuan dirinya.

Menurut Shakilla, usaha pihak berkenaan bagaimanapun tidak berhasil kerana kekurangan dokumen yang lengkap bagi urusan pendaftaran. 

Shakilla buat pendedahan lagi.

"Tiada komunikasi yang baik pun antara kau dengan penjaga anak aku yang lain. Walaupun ada memandai pula daftar sekolah Ameena tanpa pengetahuan dan kebenaran aku.

"Letakkan diri sebagai penjaga utama walaupun status bukan ibu bapa kandung. Mungkin tak boleh teruskan sebab tiada dokumen sah sebagai penjaga tetap," katanya.

Shakilla berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Sabtu yang turut disertakan beberapa borang dan dokumen membuktikan kata-katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Shakilla Khoriri terbuka selesaikan isu penjagaan anak, perebutan tak janji kebahagiaan untuk Ameena

ARTIKEL BERKAITAN: Selesai bincang luar mahkamah, Fizi Ali dan Shakilla Khoriri capai kata sepakat isu penjagaan anak

Dia bagaimanapun tidak menyebut siapa individu dimaksudkan itu.

Berkongsi lebih lanjut, Shakilla memberitahu dia dan penjaga Ameena yang lain tidak pernah berbincang mengenai perkara itu melainkan urusan mengambil anaknya.

Bukan hanya itu, Shakilla juga dilarang menghubungi anaknya sekiranya tiba giliran pihak berkenaan untuk menjaga Ameena.

"Tak pernah ada satu panggilan atau mesej yang bertanyakan hal Ameena kecuali mesej untuk ambil dan hantar.

Antara dokumen dan tangkap layar perbualan yang dikongsikan Shakilla.

"Adakah itu dikatakan hubungan berkasih sayang sampai mati itu. Aku dilarang untuk ganggu (call/ videocall) untuk bertanya khabar Ameena sewaktu dekat sana (ada arahan ini dalam suratnya pada peguam aku)," luahnya.

Pun begitu, Shakilla sentiasa terbuka untuk pihak berkenaan berbincang mengenai anaknya namun tiada usaha dibuat pihak tersebut.

Sebaliknya hanya video-video indah dikongsikan akan tetapi mengabaikan tanggungjawab sebenar terhadap Ameena.

"Tapi aku tak pernah letak apa-apa syarat untuk berjumpa, panggilan atau apa saja melibatkan Ameena. Tapi tiada, tak ada apa! Sunyi sepi.

Ameena bersama ayahnya iaitu Fizi Ali.

"Tiba-tiba muncul video berkasih sayang. Hak Ameena ‘ghaib’ and awak jangan main gila dengan Umi dia. Fikir panjang. Jangan paksa aku untuk ‘spill the tea’ lebih banyak," kongsinya.

Untuk rekod, Shakilla mendirikan rumah tangga dengan penyampai radio Fizi Ali pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan penceraian mereka pada Disember 2021.

Mereka mempunyai seorang cahaya mata iaitu Ameena yang kini berusia 6 tahun.

Shakilla kembali mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan hatinya dikenali sebagai Mohd Fariz pada 24 Februari 2024 manakala Fizi pula bernikah dengan Siti Zulaikha pada 23 Oktober 2023.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain