SEJAK pulang menunaikan ibadah umrah di Makkah, pelakon Isyariana mula berasa segan melepaskan tudung dan kembali kepada imej lama.
Dalam proses memperbaiki diri, Isyariana atau Isyariana Che Azmi, 35, berkata, dia sedang cuba sebaik mungkin mengikut tuntutan Islam dalam soal berpakaian dan aurat.
“Setakat ini saya masih rasa segan hendak buka tudung, sebaliknya apabila pakai rasa seronok dan selamat.
Isyariana baharu pulang dari menunaikan ibadah umrah.
“Saya tak boleh nak jawab sama ada sudah berhijab sepenuhnya atau pun tidak… Insya-Allah tengok macam mana. Saya sedang cuba yang terbaik dan istiqamah,” katanya kepada mStar.
Isyariana berkongsi perkara itu ketika ditemui pada meet & greet Drama Sangat di Setia City Mall, Shah Alam, Selangor pada Sabtu.
Bercakap mengenai istiqamah, Isyariana sedar bukan mudah kekal berhijab selepas sudah terbiasa dengan imej tidak bertudung.
ARTIKEL BERKAITAN: Isyariana terjatuh semasa lakon babak aksi, tunjuk bukti tangan ‘patah’... “Saya kalau sakit memang tak beritahu sesiapa”
ARTIKEL BERKAITAN: Penceraian ibu bapa buat Isyariana takut kahwin, cari lelaki pendiam sebagai calon suami
Katanya, dia sudah lama memasang niat menutup aurat namun disebabkan komitmen kerja dia melupakan hasrat itu.
“Tahun lalu selepas buat umrah bulan November masih ada komitmen dengan drama Bukan Sekadar Lafaz 2 dan masih tidak bertudung.
“Sekarang dah selesai kerja itu saya ambil masa rehat untuk bulan Ramadan dan beginilah saya sekarang,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, drama lakonan Isyariana iaitu Bukan Sekadar Lafaz 2 sebanyak 28 episod sedang ditayangkan menerusi slot Akasia di TV3.
Selain Isyariana, drama itu turut menampilkan Alif Satar, Wanna Ali, Ahmad Idham dan Wanns Ahmad.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!