suria

Esma Daniel sambung belajar di UPSI, tunai pesanan arwah bapa

Esma sedar kepentingan akademik pada masa kini.

LEBIH satu dekad meninggalkan zaman belajar, pelakon Esma Daniel teruja bakal menyambung pengajian ijazah sarjana dalam bidang Seni Persembahan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada April depan.

Esma atau Esma Daniel Md Isa, 56, berkata dia memegang amanat arwah bapanya, Allahyarham Md Isa Abidin untuk terus menuntut ilmu meskipun sudah mempunyai pekerjaan yang diimpikan.

Katanya, dia turut gembira akan belajar bersama-sama anak seni lain seperti Tomok dan Amerul Affendi.

Esma berkongsi khabar gembira di Instagram miliknya.

"Pesanan daripada arwah ayah saya juga untuk menyambung pelajaran walaupun sudah berkerja.  Dia juga sentiasa berpesan agar saya terus menimba ilmu tanpa mengira usia dan sentiasa istiqomah dalam setiap usaha.

"Jadi saya rasa ini adalah masa terbaik untuk saya belajar dan teruskan karier lakonan saya juga. Terasa remaja semula apabila bakal mendaftarkan diri pada bulan April nanti," katanya ketika dihubungi mStar.

Berkongsi lanjut mengenai perkara itu, Esma memberitahu dia akan mengikuti kursus Pengkreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (ApelQ) yang dianggap bersesuaian dengan dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Serangan strok buat Esma Daniel insaf, tinggalkan tabiat merokok selepas 30 tahun

ARTIKEL BERKIATAN: Esma Daniel diserang strok, rawatan trombektomi endovaskular jadi penyelamat... Siap masuk larian selepas 10 hari masuk hospital

Esma berkata kursus berkenaan juga memberi peluang kepada pelakon-pelakon sepertinya yang hanya mempunyai pendidikan di tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Walaupun akan ada tugasan serta pensyarah yang membimbing tapi saya tetap berkerja macam biasa. Cuma akan ada ditambah eleman pembelajaran di dalamnnya.

"Program ini juga tidak terikat dengan kelas yang perlu saya ikuti walaupun saya ikuti krusus ini sepenuh masa," jelasnya.

Dalam pada itu, Esma memberitahu dia percaya dengan mengikuti kursus ini turut membantu dirinya mengembangkan diri di dalam kerjayanya.

"Dalam kehidupan ini perlu ada pencapaian tersendiri terutama dalam akademik. Selepas melakukan pelbagai perkara dalam dunia lakonan mahupun luaran saya rasa perlu ilmu tambahan dari segi akademik," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain