MENGHITUNG hari bakal melangsungkan konsert solo, peminat penyanyi Datuk Amy Search bagaimanapun meminta agar acara itu ditukar pada hari lain.
Ia ekoran Konsert Magic First Solo Concert akan berlangsung pada hari sama dengan perlawanan akhir Piala Malaysia pada 26 April depan.
Perlawanan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sri Pahang FC itu bakal berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Amy tenang menjawab pemintaan dari peminat.
Manakala konsert solo pertama Amy pula dijadualkan berlangsung di Axiata Arena yang terletak bersebelahan dengan stadium itu.
Amy atau Suhaimi Abdul Rahman, 67, bagaimanapun tenang menjawab pemintaan dari peminatnya.
Dia yang merupakan anak kelahiran Johor berkata peminat berkenaan tidak perlu menonton perlawanan berkenaan kerana kemenangan sudah pasti memihak kepada JDT.
ARTIKEL BERKAITAN: Amy Search nasihat penyanyi baharu cari genre sesuai, ‘killer song’ bantu tonjolkan bakat
ARTIKEL BERKAITAN: Amy Search berehat sepanjang Syawal, imbau kenangan tak dapat balik raya
“Tak perlu tengok sebab dah tentu JDT menang. Mana pernah JDT kalah,” balas Amy kepada pengikutnya itu.
Terhibur dengan perkara itu, peminat tersebut memberitahu bakal hadir menonton konsert solonya walaupun terlepas perlawanan berkenaan.
“Terbaik Datuk. Betul juga. Baiklah saya ‘on’ konsert Amy,” tulisnya.
Sebelum ini, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan perubahan tarikh baharu bagi aksi final Piala Malaysia yang membabitkan pertembungan JDT dan Sri Pahang.
Badan pengelola Liga Malaysia (Liga M) itu dalam kenyataan memaklumkan tarikh baharu aksi final itu ditetapkan pada 26 April 2025 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Amy teruja bakal menghiburkan peminat di konsert solo pertamanya.
Terdahulu, Amy pula mengumumkan konsert solo pertamanya 'Amy Search Magic First Solo Concert’ di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 26 April ini selepas 44 tahun bergelar anak seni.
Katanya konsert berkenaan akan menjadi detik penting dalam sejarah kerjaya seninya selepas lebih empat dekad berkelana dalam industri muzik.
Tiket untuk konsert itu sudah dijual sejak 5 Feb lalu di www.wowtix.com.my.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!