suria

[V] Cinta 12 tahun Azira Shafinaz berakhir perpisahan, tak anggap buang masa tapi mematangkan

PERCINTAAN 12 tahun pelakon Azira Shafinaz dengan teman lelakinya berakhir dengan perpisahan apabila mereka sepakat membawa haluan masing-masing sejak tahun lalu.

Azira atau Azira Shafinaz Ramlan, 34, bagaimanapun enggan berkongsi lanjut mengenai punca perpisahan tersebut sebaliknya menganggap tiada lagi keserasian di antara mereka.

"Nak buat macam mana jodoh tak panjang, tapi saya bersyukur dengan perjalanan hidup saya ini dan doakan jodoh saya. Mana tahu tahun depan saya berkahwin?

Azira tenang berdepan perpisahan kali ini.

"Banyak perkara saya belajar daripada hubungan itu tapi cukup hanya saya saja yang tahu. Bercinta terlalu lama mungkin sudah tidak serasi atau tiada 'spark' lagi. 

"Saya percaya pada jodoh, kalau ada mungkin saya bersama dengan dia," katanya kepada mStar.

Azira berkongsi perkara itu ketika majlis buka puasa Astro Shaw bersama anak-anak yatim bertempat di Bukit Jalil pada petang Ahad.

Menurut Azira, kali ini dia lebih tenang berdepan perpisahan tersebut memandangkan ia bukan kali pertama berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat 3 tawaran produksi luar negara, Azira Shafinaz letak syarat tegas tak langgar hukum agama

ARTIKEL BERKAITAN: Azira Shafinaz tak tengok media sosial bimbang emosi terganggu, turun berat badan kerana ‘Intan’

Kata Azira, dia juga tidak pasti sama ada sudah ‘move on’ sepenuhnya namun memberi lebih fokus terhadap kesihatan mentalnya.

"Putus berkali-kali, mestilah putus kali pertama paling sakit... Lama-lama ke ‘dalam’ cuma kali ini lebih tenang.

"Nak kata sepenuhnya ‘move on’ itu tak pasti tapi saya sudah tidak fikirkan perkara itu.

“Sekarang ini saya cuma nak jaga mental saya kerana itu lebih penting," ujarnya.

Kalau boleh nak mencari pasangan memahami.

AZIRA SHAFINAZ

PELAKON/PENYANYI

Azira juga sedar ada menganggap dia hanya membuang masa apabila bercinta terlalu lama namun berakhir dengan perpisahan. 

Pun begitu, dia percaya perjalanan cinta dengan bekas teman lelakinya mematangkan dirinya menjadi insan lebih baik.

Besar juga harapanya agar dipertemukan dengan seseorang yang serasi dan memahami selepas ini.

“Kalau boleh nak mencari pasangan memahami tentang kerjaya sebab kadang-kadang saya sendiri tiada masa untuk diri sendiri.

Lelaki yang dipercayai mempunyai hubungan istimewa bersama Azira.

“Jadi kalau dapat pasangan tidak memahami mungkin akan jadi isu… Saya sudah bersedia (berkahwin) cuma cincin dan jodoh yang tiada,” ujarnya.

Pada Oktober 2023, Azira seolah-olah memberi bayangan bakal menamatkan zaman bujangnya apabila berkongsi ucapan romantis buat kekasihnya yang dikenali sebagai Yasser Khan.

Azira juga berkongsi foto kekasih hatinya berserta kapsyen seakan menanti giliran disatukan sebagai suami isteri tidak lama lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain