suria

Jadikan pengajaran, Adam Corrie nasihat jangan campur urusan rumah tangga orang lain

Adam harap kisah rumah tangga artis jadi pengajaran.

PELAKON Adam Corrie menasihati orang ramai supaya tidak mencampuri urusan rumah tangga individu lain, sebaliknya meminta mereka menitipkan doa kepada pasangan yang sedang diuji.

Tumpang simpati ujian menimpa mereka, Adam atau Adam Corrie Lee Abdullah, 57, berharap Allah SWT membuka jalan agar pasangan itu dapat menyelesaikan kemelut rumah tangga yang dihadapi. 

"Apabila kita melihat rumah tangga orang lain diuji, sebaiknya kita tidak masuk campur. 

Adam bersama isteri dan anaknya.

"Sebaliknya doakanlah agar mereka diberikan kebahagiaan dan kekuatan dalam menghadapi ujian tersebut. 

"Semoga Allah mengurniakan ketenangan dalam hati mereka, membukakan jalan penyelesaian terbaik dan memberi ganjaran pahala atas kesabaran mereka saat diuji," katanya. 

Adam berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Isnin. 

Dalam pada itu, Adam berkata dengan melihat ujian yang dilalui orang lain di harap ia dapat memberikan pengajaran bagi memperkukuhkan lagi ikatan suami dan isteri. 

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh makan daging babi, Adam Corrie tak pernah rindu sentuh benda dilarang sejak peluk Islam

ARTIKEL BERKAITAN: Sweet ucapan Adam Corrie sempena ulang tahun perkahwinan, kredit isteri bentuk peribadinya sebagai mualaf

"Dalam masa sama, ambillah pengajaran daripada kisah-kisah yang berlaku di sekeliling kita. 

"Jadikan ia sebagai cermin untuk kita melihat kekurangan diri sendiri, agar kita sentiasa berusaha memperbaiki dan memperkukuhkan rumah tangga kita dengan baik," ujarnya.

Untuk rekod, Adam memeluk Islam pada 13 Julai 2007 dan berkahwin dengan Fazeema Mohd Fuad pada 2008. 

Selepas 10 tahun menanti, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Adam Fateh Lee yang kini berusia tujuh tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain