suria

Setahun berehat, Aniq Suhair sedia terima tawaran iklan tapi bukan untuk drama

Aniq selesa jalani hidup yang privasi.

SELEPAS setahun berehat, pelakon Aniq Suhair memaklumkan dia kini sudah bersedia untuk menerima tawaran menjayakan kempen produk dan iklan.

Tiada perancangan untuk berlakon drama, Aniq atau Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh, 25, berkata dia bimbang jika tidak dapat memberikan komitmen memandangkan penggambaran drama mengambil masa yang panjang.

"Saya sebenarnya belum berniat untuk aktif berlakon drama tetapi saya sudah bersedia untuk terlibat dengan kerja-kerja seperti kempen bersama klien atau iklan televisyen. 

Aniq masih ditawarkan watak baharu walaupun sedang berehat.

"Saya tak nafikan masih menerima tawaran berlakon sejak mula berehat tahun lalu. Setiap bulan mesti dapat tawaran cuma saya tidak boleh beri komitmen penggambaran drama panjang. 

"Lagi pun saya kini masih perlu beri fokus pada pelajaran dan insya-Allah akan graduasi pada Ogos nanti," katanya kepada mStar.  

Dalam pada itu, Aniq memberitahu sepanjang berehat daripada industri seni, dia banyak menghabiskan masa untuk menguruskan beberapa perniagaan diusahakan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Aniq Suhair dalam tempoh berehat, sudah tidak terganggu kontroversi hamilkan wanita

ARTIKEL BERKAITAN: Setahun ‘hilang’ bukan tiada job, Aniq rehat panjang demi pengajian di universiti

Selain itu, pelakon drama Sekali Lagi Cinta Kembali ini banyak memberikan fokus terhadap kehidupan peribadinya. 

"Selama setahun saya berehat dalam industri ini, saya ambil masa untuk belajar. Insya-Allah bulan Ogos ini saya akan tamat belajar. 

"Saya juga ada uruskan perniagaan offline dan beberapa bisnes lain. Sepanjang saya berehat ini tidaklah saya tidak buat apa-apa.

Aniq mahu hidup yang lebih privasi.

"Bila saya tidak ada penggambaran drama, saya hanya fokus kepada privasi kehidupan sendiri," ujarnya. 

Pada penghujung tahun 2023, Aniq mengambil keputusan untuk berehat selain mahu memberikan fokus kepada pengajiannya.

Ini selepas namanya terpalit dengan beberapa kontroversi panas sehingga menjadi bualan netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain