KEAKRABAN penyanyi Nadeera dan Hael Husaini menjadi perhatian ramai selepas beberapa karya mereka menjadi siulan ramai.
Mana tidaknya selepas kejayaan Bukan Lagi Kita, pasangan ini muncul pula dengan lagu raya duet berjudul Meriah Lain Macam yang turut mendapat sambutan meriah daripada para peminat.
Sejak itu ramai peminat mengusik atau ‘kenen-kenenkan’ Hael dan Nadeera kerana melihat mereka secocok sebagai pasangan kekasih.
Nadeera terhutang budi dengan kebaikan Hael.
Menjawab mengenai perkara itu, Nadeera atau Farah Nadeera Zaini, 32, berkata dia menyifatkan Hael sebagai seorang abang yang banyak membantunya dalam industri seni.
"Kali pertama saya berkerjasama dengan Hael, tak sangka dia seorang baik hati, merendah diri malah banyak ilmu saya timba daripada dia. Dia seorang abang sangat baik pada saya.
"Saya sebenarnya berbesar hati dapat berkerjasama dengan dia. Saya percaya hasil kerja dia dan saya tahu Hael seorang sangat hebat," katanya kepada mStar.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Khusyuk sangat menyanyi, Nadeera Zaini mohon maaf terangkat jari tengah
ARTIKEL BERKAITAN: Sebulan Nadeera fokus AJL39, tak layan tuduhan tangkap khalwat... Minta pemfitnah bertaubat!
Menurut Nadeera, semakin lama mengenali Hael dia melihat komposer itu sebagai seorang yang menyeronokkan malah senang berkerjasama dengannya.
Katanya, dia juga sangat terhutang budi kepada Hael memandangkan kerap berkongsi ilmu dalam bidang nyanyian.
"Yang mengenali dia pasti tahu Hael bukan seorang serius sangat. Dia memang lebih kepada seorang abang yang menyeronokkan.
Nadeera sifatkan Hael seorang yang mudah disenangi.
"Dia banyak membantu saya dari segi vokal, mencipta lagu dan sebagainya. Memang banyak dia beri tunjuk ajar kepada saya.
"Dia tak kedekut ilmu, yang megenali dia saja tahu dia macam mana betapa baiknya Hael," tambahnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!