PADAH menikmati oyster mentah ketika berbuka puasa, penyanyi Luqman Faiz mengalami keracunan makanan.
Luqman atau Luqman Abdul Halim Faiz, 25, berkata, akibat menikmati lapan oyster mentah yang dibeli di sebuah pasar raya, dia mengalami cirit-birit selain badannya menjadi lemah sejak malam Rabu.
Akibat tidak tahan menanggung kesakitan, Luqman memandu sendiri ke sebuah hospital berdekatan rumahnya pada pukul 3 pagi Khamis.
Luqman pandu sendiri kereta ke hospital.
"Saya cirit-birit lebih 10 kali sampai tak lalu nak minum air sebab mulut rasa pahit selain badan terasa macam hendak demam.
"Pukul 3 pagi tadi saya gagahkan diri memandu pergi ke hospital berdekatan. Nasib baik saya mampu bertahan," katanya ketika dihubungi mStar.
Cerita Luqman, tiram yang dibeli kelihatan dalam keadaan baik namun menyedari rasanya tidak segar apabila dimakan.
ARTIKEL BERKAITAN: Luqman Faiz derita gangguan mistik, sering sakit dan menangis tanpa sebab
ARTIKEL BERKIATAN: “Mana nak letak muka?” - Luqman Faiz terpaksa bersuara selepas ramai persoal seksualiti, video tersebar punca fitnah
Bagaimanapun Luqman menganggap ia mungkin perkara biasa dan menghabiskan tiram berkenaan.
"Memang saya rasa tiram itu macam ada bau sikit tapi saya makan juga seperti biasa.
"Saya pula memang jenis makan apa sahaja... Kadang-kadang makanan hampir rosak pun saya fikir ia masih elok lagi," katanya.
Sementara itu, Luqman memberitahu keadaannya semakin pulih selepas mendapatkan rawatan kecemasan di hospital.
Luqman janji lebih berhati-hati selepas ini.
Janji Luqman dia akan lebih berhati-hati dalam soal memilih makanan selepas ini agar kejadian serupa tidak berulang lagi.
"Alhamdulillah tiada apa yang serius, insya-Allah esok dibenarkan keluar hospital," ujarnya.
Pada Khamis Luqman berkongsi gambar dia terbaring di katil hospital dan sedang mendapatkan rawatan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!