suria

Penerbit ‘Misteri Fraser 1910’ tuntut pengarahnya mohon maaf, minta ganti rugi RM1 juta

Pihak penerbit bersama barisan peguamnya.

PENERBIT filem Misteri Fraser 1910 menuntut ganti rugi sebanyak RM1 juta daripada pengarah Shuhaimi Zulkefli atas dakwaan mengeluarkan kenyataan fitnah pada 23 Mac lalu.

Millionaire Films Production Sdn. Bhd turut menuntut permohonanan maaf secara terbuka daripada Shuhaimi.

Tuntutan itu dibuat selepas Shuhaimi didakwa mengeluarkan kenyataan fitnah di media sosial miliknya pada 23 Mac lalu mendakwa syarikat berkenaan tidak membayar gaji kru sehingga filem tersebut disekat daripada ditayangkan.

Hantaran yang dikongsikan pihak Shuhaimi.

Hantaran yang dikongsikan pihak Shuhaimi.

Penerbitnya, Amai Kamarudin dan Elani Aidid berkata pihak mereka memberi tempoh selama tujuh hari dari notis tuntutan dikeluarkan.

"Kami mahu Shuhaimi menarik balik dan membuat permohonan maaf secara terbuka dalam bentuk bertulis yang diluluskan oleh kami.

"Permohonan maaf itu perlu dimuat naik di platform media sosial yang sama. Shuhaimi juga perlu memadam hantaran asal atau mana-mana hantaran berkaitan termasuk sebarang komen tambahan atau balasan merujuk kepada kami.

ARTIKEL BERKAITAN: Beri peluang kembangkan bakat, Ahirine Ahirudin jawab dakwaan filem lakonannya tak laku!

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Mantera’ papar ritual ‘Bobolian’ kaum Dusun di Sabah, pengarah kongsi kejadian seram ketika penggambaran

"Selain itu, kami mahu Shuhaimi memberikan akuan bertulis untuk tidak akan mengulangi atau menyebarkan sebarang kenyataan yang berunsur fitnah," katanya menerusi satu kenyataan media dikongsikan kepada mStar pada Khamis. 

Katanya tuntutan dibuat bertujuan membersihkan nama baik pihak penerbit yang sudah tercalar sejak fitnah tersebut tersebar.

Jelas Amai, filem Misteri Fraser 1910 yang diinspirasikan dari kisah benar peneroka Fraser Hill yang hilang sudah mendapat tarikh tayangan di pawagam pada 26 Jun 2025.

Lebih kepada membersihkan nama baik produksi yang tercalar.

AMAI KAMARUDIN

PENERBIT 

"Kos ganti rugi minima yang akan kami mohon di Mahkamah Tinggi adalah RM1 Juta, mengambil kira kos pembikinan filem kami, pasca produksi, pengedaran dan pemasaran yang terjejas setelah fitnah Shuhaimi diterbitkan.

"Tuntutan ini dibuat bukanlah kerana ingin mengejar pampasan berbentuk wang tetapi lebih kepada membersihkan nama baik produksi yang tercalar.

"Kami menganggap hanya dengan prinsip undang-undang saja dapat mengembalikan maruah kami yang hilang," kongsinya.

Perbualan Shuhaimi bersama seorang individu.

Perbualan Shuhaimi bersama seorang individu.

Pada 23 Mac lalu, Shuhaimi didakwa berkongsi satu pautan artikel bertajuk 'Produksi culas bayar gaji kru dan pelakon, filem disekat tayangan' yang disebarkan melalui akaun media sosial miliknya.

Seorang individu pula bertanya 'Alamak, filem Fraser tu?' pada ruang komen pautan artikel berkenaan sebelum dijawab 'ye bang' oleh Shuhaimi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain