suria

Tular video bawa watak OKU, Trisha Ooi tersentuh bakat lakonan disamakan dengan Noorkhiriah

Trisha mahu dinilai melalui bakat.

PELAKON Trisha Oii bersyukur apabila ada menyamakan bakat lakonannya dengan aktres Noorkhiriah selepas video dia membawa watak orang kurang upaya (OKU) tular di media sosial.

Trisha atau Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi, 26, berkata dia menganggap pujian itu sebagai satu penghormatan sebagai pelakon baharu.

"Sejujurnya saya bersyukur kalau ada melihat saya sebagai pelapis pelakon senior yang berpengalaman.

Watak Mah serlahkan lagi bakat Trisha.

"Saya juga rasa dihormati dan tersentuh apabila ada memberi komen seperti ini," katanya kepada mStar.

Tidak mahu mendabik dada, sebaliknya Trisha mencari peluang terus belajar agar dapat menjadi seorang pelakon lebih baik.

Malah dia juga tetap menyertai kelas lakonan bagi menghayati karya terbaharunya berjudul Mah.

ARTIKEL BERKAITAN: Trisha Ooi sanggup tindik kening demi watak, terbuka terima teguran terlalu seksi

ARTIKEL BERKAITAN: Trisha Ooi terperangkap di Genting Highlands akibat tanah runtuh

"Saya masih lagi belajar sebab mahu menjalankan tanggungjawab diberikan sebaik mungkin.

"Sebenarnya saya masih lagi ada perasaan takut ketika berlakon dan sebab itu saya masuk kelas lakonan," katanya.

Sementara itu, pemenang trofi Pelakon Wanita Harapan Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) menyangkal dakwaan dia semakin 'demand'.

Trisha masih mahu gilap bakat dimiliki.

Jelasnya dia lebih selesa jika bayaran ditawarkan pihak produksi sesuai dengan pengalaman dan bakat dimiliki.

"Bab 'demand' itu bukan saya! Saya masih lagi Trisha yang sama dan hargai kalau orang kenal saya disebabkan bakat.

"Saya lakukan ini kerana minat saya dan tempat saya cari makan. Saya rasa setiap kerja dan amanah adalah tanggungjawab," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain